Terlalu sayang atau terbiar ?






Assalamualaikum

Pagi jumaat pertama dibulan Rejab, bumi Batu Pahat disirami hujan lebat. Syukur Alhamdulillah. Nikmat Allah memang tiada terbalas. Pagini maq nak bincangkan isu anak , terlalu sayang atau terbiar ?




Anak, siapa tak sayang anak kan? Zaman sekarang maq lihat ramai orang didik anak mereka lebih kepada " terbiar " . Kenapa ? Ala.. biarlah dia nak buat , asal dia diam. Mungkin sebab ibubapa seharian mencari rezeki diluar dan anak anak terpaksa ditinggalkan dengan orang lain ,makanya bila waktu dapat berkumpul ,anak anak akan bebas nak buat apa je yang mereka suka didepan mata ibubapanya . Patut kah macam tu ? Kadang tu anak nak main dengan peralatan merbahaya pun takpa. Alasan ? Alaaa..janji dia tak nangis , sudahlah..

Allah huakbar.. pedih perut dengar. Ballpen yang dipegang ditangan kanak kanak itu merbahaya ye .jangan main main dengan alatan tulis ini. Biarknlah mereka menangis kerana dihalang dari kita menangis bila salah satu panca indera mereka hilang. Masa tu nak menyesal tak guna dah . Nauzubillah ..

Anak dimarah oleh jiran ,dimarah pengasuh ,dimarah guru , adakah kerana orang orang ni kaki marah ? Atau mereka zalim? Tak berperi kemanusiaan ? Atau mereka tak punya nilai kasih sayang ?

Kita mesti tahu kalau ada yang berkata " MARAH SEBAB SAYANG"  . Makanya jika orang sekeliling memarahi anak kita itu menandakan mereka sayang anak kita ,mereka tak nak perkara buruk berlaku atas anak kita.. kenapa kita nak berkecil hati ? Nak sentap ? Nak tarik muka ? Apakah sebab " aku mak bapaknya pun tak pernah marah anak aku , korang pandai pandai nak menegur nya pulak "

Okey ..disebabkan anda tak pernah marah atau tegur tulah makanya anak anda kena marah dengan orang lain . Fahamkan maksud maq ?

Kanak kanak itu kain putih , coraklah dia seindah mampu , didik lah dia biar pun susah  , in sha allah ,anda akan dapat apa yang anda inginkan bila mereka besar nanti.

Anak itu amanah Allah . Kita sebagai ibubapa layaknya memperindahkan wujudnya mereka .


Kalau sayang ,marahlah

Kalau silap ,tegurlah

Kalau perlu , rotanlah

Kalau nakal ,nasihatkanlah

Tapi semua tu buatlah dengan cara yang betul betul boleh diterima masuk akal si kecil . Bagi mereka faham kenapa mereka tak boleh buat itu dan ini. Bukan marah ,tegur ,rotan dengan melampaui batas ,kerana yang over itu tidak membantu tetapi memudaratkan psiko anak anda yang sedang membesar. Kanak kanak zaman sekarang bijak , anda pesan je hari hari , in sha allah mereka akan mengerti . Maq cakap atas pemerhatian mata 4 ini . Sama sama lah kita memperbetulkannya jika ada silap dimana mana .

Siapa tak sayang anak ???




Popular Posts