Baby Q 2 beradik .



Assalamualaikum

Mereka anak asuhan maq ( Qasdina dan Qisya ). Si kakak berusia 2 tahun 7bulan ,manakala si adik berusia 6 bulan.


Dalam gambar tu mereka sedang leka menonton video 'Didi and friend' . Itulah rancangan kegemaran kanak kanak di Malaysia sekarang ni , termasuklah kedua beradik ni.


Bila sedang leka menonton , dan  maq arahkan si kakak mandi .

"Kakak , jom mandi ..." apa jawab nya ? 

"  baik puan ! " . 

Haaa? 

Puan dia panggil i? *ahh pening*

Lagi pening bila dia suruh maq bancuhkan susu.


" maq ..owang nak susu "  

haaa??? Dia bahasakan diri dia "owang@orang?" Bukannya kakak atau saya?

Haish itu baru 2 tahun 7 bulan . Bila tanya dekat mama mereka , mama pun pening dari mana dapat semua perkataan tu. Apa yang kami perasan , si kakak ni memang tekun kalau menonton drama di tv ,kartun yang beralih bahasa dan upin dan ipin .


Merekakah 'guru guru ' si kakak??


Apa pendapat anda ? Bagaimana dengan anak anak anda? Siapa guru mereka? Dan antara soalan paling dupdap bagi maq, bila si kakak tanya.


" maq  , maq paham ? Paham ? "

 masa tu maq cuma jawab sambil anggukkan kepala , "ye,maq paham .."


Dalam hati maq tertanya tanya , masalahnya sekarang ni, siapa yang mengasuh siapa?


Alhamdulillah,keduanya anak yang cerdik , mereka memang banyak celoteh, bersabarlah ketika membesarkan mereka.


Doa maq , moga kedua anak ini menjadi anak yang solehah yang mudah dididik oleh kedua ibu dan bapanya . Dan menjadi penyelamat  keluarga didunia dan akhirat nanti . Amiin.




**cepat besar ye sayang sayang maq.

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Berkorban Apa Sahaja

Himpunan Doa Arafah 2025

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Jangan tunggu lama lama