Skip to main content

Poligami Dimata Maq





Assalamualaikum ..

Hujan hujan ni ,untuk elakkan mengantuk pada waktu waktu macam ni , maq kenalah buka mata besar besar untuk menaip di blog . Bila jari bergerak , maka kuranglah mata kepada aktiviti pejam  memejam.

Tiba tiba teringat satu kisah yg maq nak kongsikan disini. Mungkin anda pernah baca post mengenai sekumpulan remaja menjemput maq join group wechat mereka ? 

Ada satu haritu ,mereka bagi maq satu soalan .

Mengenai isu poligami yg tidak memerlukan keizinan isteri pertama , Maq sokong ke tak dan Apa tindakan maq jika maq dapat tahu suami maq berkahwin sorang lagi tanpa pengetahuan dari maq ?

Allah hu.. soalan ni sebenarnya dah buat jantung maq dup dap. Tapi disebabkan mereka bersungguh sungguh nak tahu isi hati maq , makanya maq jawab je dengan cool .. dalam hati tuhan je tahu hahha

Maq jawap :

Kalau lelaki yg berpoligami itu hidup berpandukan hukum hakam agama islam yg benar dan dia terapkan sistem keluarga sakinah dalam rumah tangganya,maq rasa dia nikah 3 kali lagi pun isteri dia takkan marah.

Sebab mereka sudah dididik dengan sebaik baik pendidikan agama oleh suaminya tapi jika diri sendiri , anak anak yang sedia ada pun si suami tak berjaya nak uruskan , ada baiknya abaikan saja niat 'murni' suami tu . Sebelum dia diuruskan oleh isteri isterinya .

Maq redha je kalau dapat tahu berita suami maq bernikah lagi sebab benda dah jadi kot ,tapi mintak simpang lah hurm , akan tetapi  jika belum bernikah sekali pun maq masih redha dan maq sendiri akan mengundang perempuan " bertuah tu " untuk datang ke rumah maq .

Tiada unsur penderaan akan berlaku tetapi maq qkan tunjukkan keadaan rumah tangga maq yg sebenarnya.Dan jika dia rela nak sama sama tanggung  perit getir macam mana kehidupan maq alami sekarang ni , maq sendiri akan meminang perempuan tu . Jantung makin kencang ber dup dap sebenarnya saat ni .

Pada mulanya mereka ( remaja remaja tu ) hanya gelakkan maq. Sebab pada mereka maq sengaja tunjuk berani . Maq cakap , bergaduh sesama kaum sejenis hanya untuk seorang lelaki bukan jalan terhebat . Malahan nampak sangat kebodohan nya disitu. Maq takkan tarik rambut dia atau mencederakannya , tapi seperti yg maq cakap , kalau dia nak hidup sama macam maq . Silakan.. maq redha ..

Akhirnya mereka diam . Dan kemudian salah sorang dari mereka berkata :

 " ye maQ , kalau seseorang  ketua keluarga mengamalkan gaya hidup berpandukan islam sebenar , tiada kes  keluarga yang huru hara atau bermasaalah kat negara kita ni. mesti Malaysia ni aman dari jenayah dan gejala social..kan maQ ? " 

Maq  cakap : ye .. itulah sebenarnya asas keharmonian sesebuah negara , ianya bermula dari rumah ^^ 

Apa pun , maq dah tak join group tu lagi sebabnya handphone kerap sangat 'heng' bila mereka sembang pasal game DOTA ..hehhe :)




Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Sejarah Parit Sulong

Assalamualaikum Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan " Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah  nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menan...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

  Bismillah, Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang. Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka. Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL    • Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda. • Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker. • Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam. • Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut. • Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancark...

Sayu

Assalammualaikum Bila maq diinvite ke group wassapp oleh anak-anak buah dan sepupu sepapat , handfone maq memang tak sunyi lagi . Kring krang kring krang ( bukan ringtone sebenar ) akan berbunyi setiap masa,maklumlah kan family kami besar . Selain chats, juga gambar - gambar lucu yg dikongsi , ada juga video video  menarik. Semua tu buat maq sakit perut  kerana ketawa . Tapi bila maq tonton satu video yang dikongsikan diatas tu , jujur maq cakap , maq insaf dan tanpa maq sedari airmata maq turun laju dipipi ni. Allah jauhi anak cucu cicit kami dari kemelut sukar yg dialami oleh anak anak itu.Allah maha besar !

Kisah Dan Pengalaman Pegawai Haji Menunaikan Haji (1924)

  Bismillah, Hari ini bersamaan 1 zulkaedah 1446H.Harini juga merupakan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bagi tahun 2025.Semoga semua tetamu Allah yang diundang, diberi kesihatan baik sepanjang mereka berada dinegara Malaysia , diMekah dan Madinah dan pulang dengan membawa haji yang mabrur.Aamiin... Harini maq nak kongsi sejarah kisah haji yang menarik untuk dikenangkan.Ini merupakan usaha salin tampal maq dari facebook.Seronok maq baca dan sengaja simpan disini sebagai koleksi sejarah haji untuk dikenang kenang.Moga moga ia menjadi jariah berpanjangan buat hamba Allah yang menaip awal dulu. Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:- • Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya. • Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah) • Sebelum berangka...