Skip to main content

Tanjung Piai Resort



Assalamualaikum ..

Maq dah janji nak cerita pasal Resort Tanjung Piai tu kan ?


Last kami pergi kalau tak silap pada 3 - 4 tahun lepas , masa tu family maq ada buat mini -familyday kat situ atas tajaan seorang sepupu yang baik hati.


Kemudian katanya resort tu dinaik taraf bila ada kerosakan atas sebab tertentu.


Bila berpeluang kesana maq dapati terdapat beberapa perubahan  yang memukau disana.


Chaletnya makin banyak untuk ditempah  dan kedai cenderahatinya sudah pun berdinding kaca.Nampak mewah gitu , biarpun sekadar jual jajan sahaja.Takpa tu kedai dia ,bukan kedai kita .Tapi memang nampak kelainannya . 


Lokasi chalet diatas air ,memang seronok. Kaki pancing mesti teruja disini sebab ikan bermain dibawah chalet anda itu.


Harga : Pada hari cuti umum rm200.00 tetapi pada hari biasa hanya rm140.00 .

Bilik tidur yang berpenghawa dingin.

Ada tempat untuk BBQ
Ada dewan mesyuarat
Ada kedai makan

Maq tak sempat nak ambil banyak gambar haritu tapi kalau anda tengok gambar dibawah ni ,anda boleh menilaikannya. Selamat bercuti.



















Suasana yang sangat tenang dan mendamaikan bersantai bersama keluarga , memancing dan cari ilham.


Untuk second honeymood pun sesuai sebab jauh dari suara hiruk pikuk kotaraya yang saban hari kian mencabar kotak minda dan kehidupan .


Datanglah kesini untuk menikmati keindahan suasana bermalam diatas lautan air masin . 

Memang ada kelainannya .





Popular posts from this blog

30 Tanda Awal Berisiko Alami Strok/Angin Ahmar

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Checklist 40 Hari

Adam Aisy Anti Sosial?

Cik Misi Dapat Anugerah Kecemerlangan 2024

Muslim Malaysia Beruntung

Santai Santai Di Pantai Punggur

Tak reti baca Quran tapi boleh dapat pahala?

Bertambah Setahun Lagi Umur Beliau

Pantai Punggur Terhakis Teruk