Hari Lahir Maq-Semangat 46
Assalammualaikum
Apa harapan maq dihari lahir kali ini ?
Alhamdulillah akhirnya maq berjaya jumpa 7 julai lagi . Dan bermakna setahun lagi usia maq bertambah . Kali ni biarlah maq pakai semangat yg baru iaitu SEMANGAT 46 ! agak agak salah tak ye . Tiada unsur politik dalam ayat tersebut dan sila abaikannya.
Sebenarnya orang tua ni dah 46 tahun dilahirkan didunia ini . Dan pada tiap 7 julai , ada 3 orang lagi ahli keluarga maq yang sama sama menyambut hari lahir yg serupa namun berbeza tahunnya. Betapa hebatnya nombor 7.7 !
Apa harapan maq dihari lahir kali ini ?
Harapan ? Nak kurus memang tak dapat lah kan sebab bentuk badan ni memang dah disumpah untuk tidak lagi boleh mengecil , mengembang senang lah hahha . Lain lain harapan ??
Dengan usia 46 tahun ni , maq nak Allah beri maq kesihatan yang lebih memuaskan , kehidupan dunia yg dipermudahkan disamping ahli keluarga tercinta , kasih sayang yg sempurna dan amal ibadah yg dipertingkatkan dari sehari ke sehari ,sebab maq rasa ianya masih kosong dibalang amalan .
Maq nak hati maq makin tabah untuk menghadapi tiap dugaan demi dugaan yg mendatang . Bukan mudah jadi " emak orang" tau...
Apa pun , bukan mudah juga nak jadi sempurna ,tapi sangat senang nak jadi orang baik . Tak perlu promote diri ,tapi yakinkan hati . Tak perlu dicanang canang , tapi simpan je kebaikan yg dilakukan tu untuk dikenang . Sebabnya 100% dalam hidup ini , 99% kebaikan kita orang lain tak nampak tetapi 1% kejahatan kita orang akan kenang sampai kita mati . Allah huakbar ~
Disini maq nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua kaum keluarga , kawan kawan dan kenalan dialam siber kerana telah mengucapkan ucap selamat hari lahir dan juga terima kasih atas doa doa semua . Alhamdulillah ...