Pesanan sebelum tiba hari raya
Assalamualaikum
Jumaat terakhir untuk ramadhan kali ini.
Jumaat terakhir untuk ramadhan kali ini.
Alhamdulillah.
Harap dapatlah Allah izinkan kita berjumpa shawal nanti...
Raya !
Raya !
Ahha tak sampai seminggu lagi nak raya kan.Persiapan ?
Kalau bagi ibu ibu macam maq,takpelah kalau tak beli baju raya kot.Sebabnya anak anaklah yang paling utama dibelikan .
Alhamdulillah anak yg pertama dan kedua sudah punya wang sendiri , mereka pun dah beli baju raya awal awal secara online.
Alhamdulillah anak yg pertama dan kedua sudah punya wang sendiri , mereka pun dah beli baju raya awal awal secara online.
Banyak ke beli ? Tak delah,cukuplah sorang sepasang dress labuh untuk tiap mereka.
Baju tahun lepas pun masih elok.Sebabnya anak anak maq kalau berjalan bukan selalu pakai pakaian berkain,mereka lebih gemar memakai jeans ( blouse dan seluar jeans ) dengan tu baju kurung atau dress panjang memang tak terusik di tempat gantung pakaian .
Ala ,raya je pun...
ok, apa tujuan raya ?
Ala ,raya je pun...
ok, apa tujuan raya ?
Meraikan muslimin dan muslimah yang sudah berjaya menahan lapar dan dahaga ketika dibulan ramadhan.
Dan meraikan itu bukan bermakna kena serba serbi bertukar baru Paling tidak pun cukuplah sekadar kemas ,bersih dan sempurna mata memandang.
Tak perlulah cuti seminggu balik kampung kita kena beli baju 7 helai . Ish siapalah kita kan ~
Apa yang maq pesan kat anak anak untuk hari raya kali ini ?
" handphone bukan lah kuih raya , passwrd wifi bukanlah duit raya , selfie bukan tanda minta maaf yang iklas dan hargai detik detik hari raya yang munculnya beberapa hari saja tu kerana kita tak beraya hari hari "
Harap sangat mereka paham maksud maq :)