Dinasour dihighway


Assalammualaikum

30.6.2015 yang lalu ,selepas hampir 25 tahun maq tidak  menjejakkan kaki ke negeri Pahang , kini sekali lagi maq datang untuk kali ke dua. Atas tujuan menghantar Ety ke Kolej jururawat diKuantan .

Jalan nya mudah dicari sebab maq pakai khidmat google map . Tapi saat paling ngeri bila mana maq lalui  lebuhraya Segamat-Kuantan . Kenderaan memang la tak banyak , tapi ada banyak hal yang buat maq tak selesa ketika betada didalam kereta waktu itu . Antaranya :

Jalan yang sungguh sunyi .Dikelilingi hutan dikiri dan kanan. Perjalanan yg makan masa hampir lebih  4 jam tu dah mengambil jarak 170+ KM. Kalau waktu malam , maq rasa memang berpeluh satu badan walaupun dah pasang penghawa dingin .

Lagi satu , maq ngeri bila ada terdapat lori lori besar yang sarat dengan kayu kayan , sawit dan minyak sawit  TETAPI  dipandu laju ! Mereka lebih laju dari kereta maq ! Maq marah ke mereka bawak lori  laju??

Yelah , kereta maq yg kecil ni pun dah lari 100-110KM/jam , maq dah cakap laju , sedang dia lori yg sarat ,tu lebih laju dari kereta! Potong memotong kereta kereta yang kecil! Dan bila sahaja berselisih untuk memotong lori lori besar tersebut ,maq akan beristigfar  dan  bertakbir . Allah huakbar ....

Uishh...seram derr . Cuba tengok gambar bawah ni .





Anda bayangkan dinasour ni lari selaju 100-110KM/jam  , macam laju kereta maq . Dan bukan sebiji dua , tapi memang banyak . 

Popular Posts