Bangga Untuk Beliau




Assalammualaikum ..

Ahad dan maq cuti !


Di Johor tak semua rakyatnya cuti Ahad , ada jugak Jumaat atau Sabtu.Dan ada jugak yg cuti penuh seminggu tau.Haaa siapa tu ? 
orang yg tak kerjalah.



Siapa insan manis disebelah maqnie tu ?
** bertudung merah .

Ye ,itulah maktok maqnie.Puan Hajah Fatimah . kalau anda nak tahu , 31.12.2014 lalu usia beliau mencecah ke 83 tahun ! 

Alhamdulillah ... Allah masih beri beliau kudrat untuk meneruskan melakukan amal ibadah dan tugas seharian .

Lagi maq bangga , dalam usia sebegini , beliau masih lagi mampu berniaga kuih untuk mencari wang saku nya .

Walaupun anak cucu ada beri saguhati buat beliau , tapi beliau tak biasakan diri dengan hanya mengharap duit dari anak, cucunya.

Dan lagi buat maq rasa bersyukur sangat sangat , dalam usia 83 tahun , beliau TIDAK mempunyai apa apa rekod penyakit zaman sekarang pun ,


Apa penyakit zaman sekarang ?

Penyakit 3 beradik kata orang (darah tinggi , kencing manis ,jantung ) syukur sangat sangat . terima kasih Allah.



Apa kah yg beliau ambil untuk kekalkan kesihatan itu ?

Pemakanan beliau biasa biasa je , sama seperti orang lain , cuma yg maq perasan , beliau suka makan masakan rebus.Seperti asam rebus , masak senggang , masak tumis air , dan sup.




Bagaimana dengan anak anak beliau ?

Alhamdulillah , dari ibu maqnie ( anak sulung beliau ) hingga ke mak usu ( anak yg ke 15 beliau ) semua nya  bebas dari penyakit 3 beradik tu .Anak nenek ada 15 orang .Apapun ada beberapa orang anak  maktok yang dah pergi untuk selama lamanya .



Bagaimana dengan maq pulak? 

Maqnie dah DIPANTANGKAN dari makan ikan kering sebab nanti darah maq naik.Nampak sangat cucu tak dapat nak merintik nenek punya borek ...hurmm

Maq bangga dapat maktok seperti beliau,
Alhamdulillah.



Popular Posts