Skip to main content

Cabaran Pertama Sejak Jadi Pengasuh

Assalammualaikum

Nampak kan maq dah sangat tidak aktif diblog kebelakangan ini . Bukan malas tapi oleh kerana tugasan harian dah makin bertambah maka aktiviti membebel kena stopkan sementara .

Tapi  apa aktiviti maq pada awal 2015 ni?

Memandangkan anak bungsu dah kena masuk sekolah sesi petang , maq kenalah siapakan masakan tengahari seawal mungkin . Makan tak makan tu tak kisahlah yg penting makanannya sudah terhidang dimeja sebelum dia pergi kesekolah nanti .

Sambil masak , tangan ni sempat lagi cuci baju ,angkat baju , lipat baju , ini antara aktiviti kalau anak dara yg berdua tu pergi kerja pagi . Kalau tak, semua tu mereka yg uruskan ,Alhamdulillah

Sambil cuci baju , sempat mop lantai ,menyapu ,kemas rumah dan tunggu anak asuhan datang pada pukul 8:15am ( paling awal setakat ni )

Tahun ni maq dapat sorang lagi anak asuhan yg berusia 1tahun 3 bulan. Besar dah . tapi disebabkan dia dah besar , dah kenal orang , memang agak payah untuk sesi suai kenal .

Apa yg menarik sehingga ke hari ini ( hari ke 5 ) dia dirumah maq , dia masih lagi menangis bila tenguk wajah maq . Dan yang peliknya dia cuma nak main dengan anak anak maq , bukan maq ! ya Allah ... kesian dia asik menangis je kalau nampak maq , lagi lagi pada hari pertama dia dihantar kesini .


Tapi insya Allah , semua ni perkara biasa bagi maq sebagai pengasuh yg dah berkecimpung dlm dunia pengasuhan selama hampir 20tahun . Rasanya masuk minggu kedua nanti semuanya akan berjalan seperti biasa . insya allah , aamiin

Cuma maq hairan lah kan , sebelum ni lebih 30 orang budak maq jaga , takde budak yg tak nak dengan maq pada hari pertama. Semua ok je . tapi kali ni , dia memang menduga maq hehe


Takpe maq , dugaan kecil jek ni , sabarrrr ...

Semua kerja pun memang ada dugaan kan ? bukan maq sorang yg mengalaminya , thinking positive **












Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 ...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم  Ù±Ù„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Minggu pertama Ramadhan 1441H

Assalamualaikum, Harini Ramadhan dah masuk hari ke 4 Minggu pertama,  untuk tahun  1441 ( 4/9/1441). Alhamdulillah. Blog ni agak sepi sebab maq masih lagi rasa kekok dengan jadual baru bulan puasa ni. Dengan suasana masih lagi dalam mood Perintah Kawalan Pergerakan covid19 , puasa kalini maq rasa macam best jek. Tak perlu nak terkejar kejar memasak,  tak perlu masak menu banyak , tak perlu berpenat penat sebab maq dah bagi tugasan kepada tiap orang.Padahal dalam rumah ni cuma ada 3 orang je pun. Makan sahur? 4.00pagi , maq dah masuk dapur. Siapkan sejenis je lauk. Sebab dah janji makan cuma nak dapat pahala sahur dan sekadar buat alas perut. Bancuh Nescafe tarik tanpa putus, siapkan meja. Anak bungsu tolong kemaskan meja dan cuci pinggan. Encik suami cuma mampu tolong tengok dan makan jek.😂 Lepastu kami buatlah apa patut sementara tunggu azan subuh. Biasanya diaorang online facebook. Maq?Maq adalah buat kerja sikit hehe. Makan berbuka? 5.00petang ,l...