Dugaan pengasuh 2
Dugaan sebagai pengasuh ( babysitter ) hanya insan sejawatan dengannya saja yg tahu.Orang lain mungkin menganggap kerjaya ni biasa biasa je sebab kerjanya sama je macam jaga anak anak sendiri kat rumah , senang je kot ?! haha
Sebenarnya kerja pengasuh bakal jadi mudah jika ibubapa bayi tu tahu bagaimana nak menilai penat letih jaga budak.
Sepanjang pengalaman maq , walaupun tak semua , tapi masih ada yg anggap satu satu hal itu adalah pekara yg remeh.Sedangkan ianya bakal mengundang masalah pada orang lain yg hendak menjaga anaknya nanti .
Contoh nya , kalau kita dah tempah seseorang pengasuh ketika bayi masih lagi dalam perut.Makanya secara automatik kita akan tau jugak ,
" ahh ! anak aku akan dijaga orang bila aku keluar berkerja nanti ,so apa perlu dibuat ??
Contoh nya , kalau kita dah tempah seseorang pengasuh ketika bayi masih lagi dalam perut.Makanya secara automatik kita akan tau jugak ,
" ahh ! anak aku akan dijaga orang bila aku keluar berkerja nanti ,so apa perlu dibuat ??
Bila anak anda tu dah lahir , ajarlah anak kecil tu menyusu guna botol . sayang susu badan? ok ,takpe ... selang selikan penyusuan susu badan dgn penggunaan botol , dgn cara mengepam susu tu kemudian masukkan kedalam botol.
Atleast secara tak langsung anak kecil tau bagaimana rasa puting palsu tu dan lama kelamaan dia akan terbiasa .
Anda bayangkan anak kecil yg dihantar itu kehausan kemudian diberi pengasuh puting botol pastinya dia tak mahu terima kan jika tidak dilatih semasa waktu berpantang tu ? nanti apa jadik?? meraung raunglah dia sebab haus .
Kecuali jika pengasuh tersebut ada susu yg boleh dikongsikan hehhee jadilah bayi tu anak susuan tapi kalau yg jaga tu pengasuh yg kering kontang stock susunya ?Dah monopos??dan kesannya???
Pengasuh pasti keletihan melayan dia menangis seharian.Tergamak ke anda mendera hati dan perasaan orang yg dah membantu anda?
Membantu dgn menjaga zuriat anda tu ???
Yang bukan dari darah dagingnya ?
Sambil dia jugak ada tanggungjawab lain nak diuruskan dirumahnya?! fikirlah secara waras .
RM anda bagi tu belum pasti berbaloi dengan menjaga amanah anda tu yg tidak ternilai nyawanya .Tapi percayalah , masih ada ibubapa lagi yg berdegil dlm hal ni dan menganggap semua tu hanya perkara remeh .
Pada pendapat maq , kes kes penderaan biasanya berpunca dari ketidak perihatinan ibubapa bayi dan jadi mangsanya bayi.
Akibatnya daripada pengasuh yang kurang timbang rasa dan tertekan.Tapi biasanya orang ramai akan menunding jari cuma pada pengasuh sahaja.
Itu biasa belakukan? tanpa usul periksa . hehhe cakap pun manusia ,mana ada sempurna...
Semoga maq dijauhkan dari orang orang yang sebegini ...Aamiin
Semoga maq dijauhkan dari orang orang yang sebegini ...Aamiin