Maq Serah Semua Pada Nya





Assalammualaikum

Ramai orang tua mengeluh bila anak mereka meningkat remaja ! kalau mereka kanak-kanak hingusan mungkin masih boleh di tegur dan dididik . tapi kini mereka sudah pun dewasa . sudah besar panjang . sudah tahu nak menjawab bila ditegur .

hurm...bagaimana mendidik nya ye ?

tahukah anda hati orang tua akan risau bila  :

~ anak anaknya keluar rumah dan pulang hingga lewat malam ( lagi-lagi anak perempuan )

~ anak-anaknya sering keluar bersama teman lelaki yang masih lagi belum matang dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai manusia dewasa .

~ anak-anak sering menghabiskan wang dan waktunya dengan berpeleseran dishopping kompleks ,menuntun wayang ,dan bersiar-siar dengan teman lelakinya tanpa arah dan tujuan .

~ anak-anak lebih cenderung melayan teman di laman sosial berbanding bersembang dengan adik-beradiknya sendiri .

Layakkah mereka ini dipukul  ? di tengking ? atau di kurung ?rasanya  ini bukan caranya .

Perlukah maq  beri mereka peluang untuk berfikir secara waras?

Bak kata orang orang tua dulu,

 "biarkan dia lemak-lemak dulu nanti  bila dia telah terlalu taksub dengan aktivitinya ,sergah je mereka tu",katakan je yang mereka sudah pun melampau sekarang dan susah dikawal !

Dan maq pernah cuba cara 'bagi dia lemak ' namun nampaknya ianya tidak berjaya malahan makin meruncingkan lagi keadaan.Pernah di katanya maq tak sayang mereka sebab tu maq bisng-bising bila mereka keluar  .

Maq tak sayang anak ? emak manalah  yang tak sayang anaknyaa...

Ada seseorang pujuk maq katanya,

 '' biarkan saja kalau itu kata mereka , jangan difikirkan sangat ,biar kan lah Tuhan saja yang membalas pada tiap butir kata mereka dan perbuatan mereka selama ini  ....."

ok ...maq redha sekarang.

Segalanya maq serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui .

Allah hu....

maqnie~ bila anak tak dengar cakap ,maq akan salahkan diri maq yg tek reti mendidik mereka sejak kecil ...sedih~







Popular Posts