dia itu amanah mu
Assalammualaikum.
7.30 malam pintu rumah maq baru ditutup buat anak -anak asuhan . 'mama pergi mengeteh' kata beliau kepada anaknya yang berusia 5 tahun .
Dari pukul 7.15 am hingga pukul 7.20 pm seorang anak ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh selama 5 tahun kecuali hari cuti iaitu
sabtu dan ahad.
Maq tak kesah kerana anak dia sudah pun besar ,cuma ketika menanti 5 tahun tu memang agak perit . tetapi sekarang hanya pengawasan yang perlu di titik beratkan terhadapnya . walaupun anak beliau itu seorang yg aktif ,tapi maq masih tetap bersabar kerana dia lah tanggungjwab maq ,dialah amanah buat maq selama dia dirumah ini .
Tapi bagaimana dengan perasaan anak kecil itu ? dapat kah kita rasa apa yang di mahukan?
Kasih sayang dari seorang mama yang sangat sangat dia perlukan untuk menyemai kasih sayangnya ?sampai bila dia nak menumpang kasih dengan pengasuh disepanjang harinya?
Memang anak anak maq sayang dia ,tetapi dia tau mereka bukan kakak-kakaknya ,bukan ahli keluarganya .dia perlukan kakak dan abangnya sendiri . dia perlukan belaian mamanya sendiri . dia perlukan perhatian dari ayahnya sendiri .
kadang-kadang maq menangis bila mengenangkan nasib dirinya.Dia hanya dijaga seperti anak bukannya dianggap seperti amanah dari Allah. Diberi kemudahan menggunakan gadget untuk berhibur ,dibeli berbagai jenis permainan untuk bermain ,dibekal bermacam jenis makanan untuk dijamu , tetapi sepanjang pembesarannya disisi orang lain .
Tak salah jika dia selalu memprotes orang tuanya . dia selalu berdendam ,dia lebih suka memendam rasa dan dia agak agresif bila disamping keluarganya . dan disekolah ,cikgu memberitahu ,dia seorang yang kurang yakin pada dirinya.
Dia adalah amanah bagi maq tapi dia anak mama dan ayah dia ,mungkin aja begitu