Orang Tua Sering Dibuli





Assalammualaikum,

Kemelut jiwa antara kasih sayang seorang emak bapak dan rasa hormat seorang anak ada satu jurang paling bahaya iaitu  dipanggil 'lupa diri ' .


Ramai anak- anak zaman ini , bila sudah mendirikan rumah tangga akan mengharapkan bantuan dan sokongan mak bapak dia untuk meneruskan  perjalanan baru dalam hidupnya itu .

Misalnya :

Menghantar anak anak untuk dijaga oleh emak untuk meringankan kos upah pengasuh.Kalau emak sendiri jaga tak perlu bayar katanya hurm mungkin  tenaga orang tua itu ADALAH PERCUMA ?


Orang tua menjadi tempat lepas sesak bila hujung bulan.Tanpa segan silu menadah tangan meminta duit.Emak kena jaga anak , emak juga tempat dituju bila terdesak. Ini lah anak yang akalnya pendek.Kurang oksigen kot.


Orang tua tak berkira sesen pun hartanya demi anak cucu.Tapi anak anak kalau dapat gaji payah sangat nak hulurkan kepada emak bapaknya atas alasan bajet sendiri pun ada banyak nak kena settle,haa macamana nak bantu ?pulak dah.


Guys,
Pernah tak anda terfikir perasaan orang tua bila dia sudah tidak berupaya untuk berbakti lagi buat anak-anaknya ??? 


Mereka sangat sedih.Mereka rasa simpati kerana anak anak kena memgharungi masalah keluarga sendirian.


Ye...asik  asik kasihan je yang orang tua tu  rasa .


Dan apa bila si anak yang sudah mula bercucu mulalah dia mengabaikannya orang tuanya begitu sahaja.Hidup dah mewah dan sedikit senang buat apa nak ingat orang tua tu?


Banyak sungguh air mata orang tua nya terbuang kerana pada anak.Orang tua sudah tak dapat buat bakti untuk apa didekati lagi ! ek??



Ingatlah insani , sekali kesilapan  dilakukan kepada orang tuamu, setitis airmatanya jatuh kerna kamu, pastinya dosa lah simpanan mu diakhirat nanti .


Dan ketika ini kamu punya anak-anak yang sedang memerhati sikap kamu terhadap orang tua mu itu barangkali kamulah ' idola angkuh ' buatnya ...


Insafi diri ...

Popular Posts