Skip to main content

Posts

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Mangsa Peperangan

  Bismillah, Bila belakunya perang,pihak yang mengarahkan tenteranya berperang tu, rileks je santai santai dalam pejabat operasi. Tapi dikawasan sasaran,siapa yang menjadi mangsa?Siapa yang hidupnya sengsara? kacau bilau? Sedihkan... Mahluk yang tidak bersalah telah menjadi mangsa.Hidup huru hara.Tak tenang dan melibatkan banyak nyawa. Sumber : Group Eko prepper Malaysia @telegram

Ilmu Untuk Dikongsi

  Bismillah, Bila dah menuntut ilmu.Ilmu tu perlulah disampai sampaikan kepada yang lain.Ini pesan ustaz dikelas  fardhu ain yang sampai bila bila pun maq akan ingat. Dan bermula tahun 2026 ni,selepas Maq terima sijil khatam al Quran dari pejabat agama islam,Johor pada akhir tahun 2025.Maq mulalah berkongsi ilmu dikalangan anak dan cucu maq terlebih dahulu. Ini pun atas nasihat ustazah yang mengajar Maq.Kata beliau maq layak untuk mengajar al Quran atas sebab sebab tertentu.Yelah,kan ustazah tu pengajar maq so dia lebih memahami kelebihan dan kekurangan anak muridnya yang sorang ni. Kebetulan pada bulan April yang lepas ,Along nak cari pengajar al Quran untuk Ainul dan Adam.Maq cadangkan Along hubungi ustazah yang ajar maq mengaji tu tapi atas alasan waktu ustazah dah sangat terhad.Sebabnya murid ustazah dah terlalu ramai jadi ustazah kata Maq je mengajar cucu cucu maq sendiri. Mula tu maq tak yakin dengan keupayaan maq ,tapi selepas didesak oleh ustazah dan Maq pun fikir,apa ...

Kisah US Israel ,Arab Saudi & Yaman

 Bismillah, 🚀TERKINI DAN RASMI HARI INI YAMAN MEMBERI AMARAN SERANGAN BESAR BESARAN AKAN BERLAKU DI SELURUH ARAB SAUDI TIDAK LAMA LAGI. Kami memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan agar tidak melintasi ruang udara Arab Saudi dan mereka harus mengambil serius amaran kami sehingga sekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a ditarik balik. - Angkatan Tentera Yaman 🚀مطار أبها في السعودية يحترق بصواريخ اليمن  Lapangan Terbang Abha di Arab Saudi yang terbakar selepas terkena peluru berpandu Yaman. 🚀IRAN MERANCANG UNTUK MEMULAKAN OPERASI DARAT BAGI MENGUASAI PANGKALAN TENTERA US DI SELURUH NEGARA ARAB Manouchehr Mottaki, bekas Menteri Luar Negeri Iran: Kita harus bergerak melalui darat, merebut pangkalan tentera Amerika, dan menangkap ratusan atau ribuan tentera Amerika. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Adapun peperangan global ini belaku di kawasan selatan Arab Saudi.Bukannya belaku di Mekah atau Madinah.Lapangan terbang yang terlibat adalah Sana'a dan Abha.Jauh ...

Fakta Menarik Disebalik PRN Johor ke 16

  Bismillah, Keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 telah pun diumumkan. Namun di sebalik angka dan keputusan tersebut, ada tersimpan pelbagai fakta menarik yang mencerminkan landskap di sebalik proses demokrasi berkenaan. Ikuti infografik yang disediakan oleh Media Digital Johor bagi mengetahui sekilas fakta penting yang wajar diketahui setiap rakyat Johor dan pengamal politik mengenai PRU DN Johor Ke-16. Sumber : Facebook Media Digital Johor

Kenangan 11 Julai 2026

  Bismillah, Sabtu 11 Julai 2026.Semua warganegara yang mykad bernombor 01 dan berusia 21 tahun keatas,wajib keluar untuk memilih siapakah yang layak jadi wakil rakyat ditempat mereka. Maqnie tak ketinggalan juga untuk laksanakan tanggungjawab sebagai pemilih. Pada awalnya maq rancang nak keluar mengundi sebelah petang,mengikut arahan yang dinyatakan dalam semakan undi tu.Lagipun biasanya sebelah pagi jalanraya memang sesak padat dengan kenderaan dan pengundi. Tapi siapa kita nak mengubah ketentuan Allah? Alhamdulillah.Seawal 8.30pagi hujan dah turun di kebanyakkan tempat dinegeri Johor termasuklah ditempat maq tinggal iaitu Bandar Penggaram,Batu Pahat. Angah mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,so dari Johor Baharu dia terus ke pusat mengundi.Kiranya dalam keluarga kami,Angah orang pertama memangkah kertas undi.Semangat sis! Bila Angah beritahu dalam suasana hujan lebat tu tak ramai pun orang keluar mengundi, akhirnya maq tukar plan A kepada plan B.Kami gerak awal pergi me...

Nasi Dagang Terengganu Versi Maqnie

  Hasil dari dapur Maq. Nasi Dagang. Hidangan untuk anggaran 10 orang. Bahannya: - basmathi 6 cawan (cawan sukatan ricecooker) - beras pulut 1cawan (cawan sukatan ricecooker) - santan kotak 200ml -bawang merah 3 ulas - halia ½inci -halba 2 sudu makan -air secukupnya -garam secukupnya -gula 1 sudu makan -minyak masak 2 sudu makan Cara masak : Basuh beras basmathi dan beras pulut.Rendam 30 minit ( maq guna periuk noxxa so tak perlu rendam lama ) Hiris halus bawang merah dan halia. Bancuh santan,minyak masak, garam,air,gula dan bahan yang dihiris dalam satu mangkuk. **Maq sukat air guna cawan sukat beras je.6 basmathi + 1 beras pulut (airnya 8 cawan )Ini untuk sukatan air sahaja tidak termasuk santan tu ye.Santan kotak tu maq tak campur air ,terus masuk dalam mangkok je.Kacau semua bahan hingga santan tidak lagi berketul.Kalau nak masak atas api sekejap pun boleh tapi jangan sampai mendidih. Masukan beras dalam rice pot ,masukan bancuhan air dan bahan bahan tadi.Kacau rata dan tekan s...

Pada Hari PRN 2026 JOHOR

  Bismillah, Harini 11 Julai 2026. Awal pagi lagi maq dan encik suami dah gerak ke tasik Y untuk brisk walk.Tapi kali ini kami pilih nak berjalan dikawasan yang lebih jauh sedikit,iaitu di Dataran Penggaram. Dengan langkahan macam biasa ,inilah yang terhasil tadi. Syukur alhamdulillah. Harini juga adalah hari pemilihan dun untuk negeri Johor musim ke 16.Giliran maq menanda kertas undi adalah seperti yang dinyatakan dibawah ini. Okey maq cadang nak keluar le pusat mengundi lepas solat zuhur.Inshaallah ❤ Yaa Allah permudahkanlah dan jangan dipersulitkan.🤲

Bihun Goreng Putih

  Sedap! Goreng bihun lada putih. Regu dengan sambal kicap.Bihun goreng paling mudah. Bahan bahannya; Bihun 1/2 peket (rendam) 2 sudu serbuk lada putih 3 biji bawang putih (Tumbuk 2 bahan di atas) 2 biji telur Udang/ayam sedikit carrot (sagat) 1 biji cili hijau (hiris) Daun bawang (potong) Garam dan perasa tambahan Cara- Sediakan kuali,minyak Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Pecah kan telur 2 biji tu..kacau2. Masukkan isi ayam atau udang. Masukkan bihun,carrot sagat. Masukkan garam dan perasa tambahan. Gaul sebati. Masukkan cili hijau dan daun bawang. Gaul hingga bihun masak sempurna.Siap! Kredit empunya resepi.❤

Kerabu Magie Thai

  Kerabu magie ala Thai. *Bahan bahannya. •1packet magie Thai •Perencah magie Thai  •2sudu makan air rebusan udang,sosej,crabstick •1sudu makan sos ikan •½sudu makan paste tomyam •½sudu makan gula kabung •Perahan limau nipis •Daun ketumbar  •Carrot •Kobis •Bawang merah •Bawang holland •Sosej •Crab stick •Udang Kredit : Dhia Nadia. Cara penyediaan ada dalam gambar kat bawah ni.

7 Julai ❤

  Bismillah, Harini 7 Julai 2026. Harini the most beautiful day for me. Thank you Allah ❤ Ceh speaking london ko hahaha! Takda apa yang diharapkan selain doa yang baik baik sahaja untuk diri ini dan untuk semua ahli keluarga dan juga untuk masyarakat. Juga doa yang baik baik buat semua pengundi saya,jika saya menang pilihan raya kali ini ,saya belanja anda semua makan kek marble! yey ✌ ***Ambil aura birthday musim PRN 2026  ( kenalah perasan jadi calon PRN )  eheheh Sesungguhnya umur ini hanya pinjaman oleh  Allah.Moga Maq tidak menyalah gunakan pinjaman yang satu ini,Inshaallah Aamiin.. Istajib dua' ana yaa Allah 🤲 Terima kasih kepada semua yang telah pun mendoakan maq disepanjang hari ini.Maq harap doa anda akan kembali kepada anda juga nanti,inshaallah ❤

Menjelang PRN 11 Julai 2026

  Di persimpangan Kampung Koris. Dun Senggarang. Bismillah, Harini 6 Julai 2026. Pada 11 Julai 2026 akan datang, orang Johor akan keluar mengundi.Kalini pilihanraya negeri gerak awal sikit selepas Adun diseluruh negeri Johor dibubarkan. Maq tak mahir kalau nak bercerita lelebih pasal pilihanraya.Yang maq tahu,tanggungjawab maq hanya sebagai pemilih.Maq wajib keluar mengundi untuk selesaikan tanggungjawab sebagai warganegara negeri dan negara. Tentang kempen ke, penyokong taksub ke ,maq memang tak ambil peduli.Pada maq siapa pun yang menang dipilihanraya nanti,mereka lah yang akan "berkuasa" dalam negeri atau negara. Apa pun pulangannya sama je nanti, rakyat yang memilih,rakyat yang tertekan,rakyat jugaklah yang kena tanggung semua masalah.Yang dah berkuasa takkan rasa semua masalah seteruk rakyat rasa.Sebab tu maq kata ,hujung hujung mangsanya tetap rakyat juga.Malah pendatang asing adakalanya lebih beruntung dari warganegara sendiri. Tapi disebabkan ini adalah amanah, rakyat...

Orang Hidup VS Orang Mati

  Bismillah, Dalam hidup ini kita kena selalu fikir pasal orang mati.Jangan terlalu fikir pasal orang yang masih hidup. Kenapa? Kata ustaz Naim Sadoon , bila kita banyak fikir pasal orang hidup,nanti kita susah nak buat persiapan untuk mati.Mungkin korang boleh faham apa maksud ustaz. Gambar kenangan umrah 2019. Waktu ni dalam program ziarah Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya. Belakang kami tu kawasan perkuburan Baqi' yang mana peraturannya hanya orang lelaki je boleh masuk kawasan kubur.Orang perempuan tidak dibenarkan. Tapi kenapa kami berniqab? Saja nak rasa aura jadi mak mak arab hahahaha. Guys,bila kita ziarah kawasan perkuburan automatik kita akan ingat mati.Tapi ramai orang taknak pergi kubur alasannya kawasan kubur keras. Ye betul lah tu.Batu nisan dan kepoknya kebanyakkan diperbuat dari kayu cengal dan batu sungai serta bermozek.Sebab tu kawasan kubur keras! Dah masuk tahun 2026 - tolonglah guys, buang semua fikiran kolot tu.Pergi ke kawasan kubur akan jadikan diri ...

Aida Ke Mine Optometrist

  Bismillah, Sengaja simpan sini sebagai bukti bahawa bertarikh 27 Jun 2026 , buat pertamakalinya Aida tempah cermin mata khas untuk mata dia sendiri. Bila dah hampir 3 tahun berkerjaya mengadap PC ,akhirnya semalam Aida request nak pergi kedai cermin mata sebab pandangan matanya dah semakin tak 'clear' bila buat kerja kerja pejabat. Lepas waktu asar ,encik suami bawa kami berdua ke kedai cermin mata di bandar Batu Pahat. Pinjam gambar google** Aida pilih Mine optometrist sebagai kedai pilihan. Maq pun sebelum ni buat cermin mata di kedai ini.Banyak pilihan frame yang up to date.Harga pun masih mampu milik.Semalam pun ramai pelanggan yang buat cermin mata di sini.Pekerja nya  semua peramah dan beri kerjasama yang sangat baik. Kalau  Maq yang buat cermin mata,frame cermin mata murah je ( kadang tu tak sampai pun rm 100) yang mahalnya cermin dan kanta. Maklom wargaemas,macam macam rabun ada.Power pulak 800-900.Pilih pulak kanta 'plastik' yang tahan lasak.Kalau kaca takut ...