Skip to main content

Manfaat Pokok Pandan

 


Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni?Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.Pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.Siapa suka cuba boleh je dan tak suka bolehlah abaikan.Antaranya manfaatnya:


*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.


*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan,cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.


*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia,sekeping kulit kayu manis,beberapa biji halba,tiga daun pandan.Cuci bersih dan potong kecil kecil.Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari, tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.


*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.Rebus dan buat minuman.. pagi segelas,petang segelas.


*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.


*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.


*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.Gosok gosok pada badan,ketiak dan kemudian pakai sabun serta bilas.Buat beberapa kali.


*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.


*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.


*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.


*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.


*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.


*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.


*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


*Rawat resdung,jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau,kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.Boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.Tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.


*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.


*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan,jemur kering,digunting kecil kecil,masukkan dalam bantal. **Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas.Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.


*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.


*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.Diminum suam


*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.


Wallahualam..

Kredit: tuan empunya petua

Comments

Popular posts from this blog

Bercukur Sah Tapi Rugi

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macamni.Semalam kata ustaz pebimbing KAH ,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala,adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Kalau ikut pengalaman maq semasa 2 kali pergi umrah ,apa yang mutawwif kami waktu tu jelaskan, jemaah lelaki boleh gunting dahulu sedik...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Kisah 'Saya'

  sekadar hiasan. Bismillah, Saya ada pengalaman lebih 2 tahun sakit lutut. Masa memula kena tu,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI.Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib . Masa saya buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandi jenazah, kat luar hujan turun kejap lebat ,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang dan tidak berhenti. Masatu saya dan suami je ada disitu.Ustaz dan petugas je yang buat proses mandikan manakala saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.Bila Azan maghrib ,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya makin rasa ketat pada pelipat lutut tapi saya buat degil je,solat je macam biasa. Selepas siap solat maghrib, u...

Selawat Sampai Kiamat

  Bismillah, Harini Jumaat 20hb November 2026.Ye,semua orang yang masih hidup sudah tahu yang hari ini adalah hari Jumaat. So? So,takda yang terlebih afdhal dilakukan oleh lelaki islam dan wanita islam bila hari Jumaat selain dengan berselawat keatas junjungan nabi Muhamad SAW ,ahli keluarga baginda dan sahabat sahabat baginda dengan sebanyak selawat yang mampu. Jom berselawat kejap. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Guys,korang tau tak.Amalan wajib korang seperti contoh solat,puasa,sedekah,pergi haji atau umrah dan yang lain lain tu belum tentu Allah terima 100% tapi kalau korang berselawat dengan keadaan terpaksa sekali pun ,Allah janji Allah akan terima.Malahan diganda dengan 1 selawat bersamaan 10 ganjaran pahala.Nak tak? gambar dari telegram ❤ Kenapa Maq kerap sangat ulang point suruh berselawat dalam blog ini? Semua dengan izin Allah,Guys.Maq pun tak tahu kenapa.Yang Maq tau,Maq akan sentiasa bertanya dengan orang yang Maq sayang; "you dah selawat...

Kata Nasihat Hari Ini

  Nasihat Ustaz. Sumber : Telegram❤

Dulu ,Sekarang Dan Fake

  Bismillah, Gambar diatas ini adalah hasil kami jalan jalan hari ini. Bermula dari bulan Mei 2026.Harini 21hb November 2026.Hasilnya belum  nampak ketara sangat sebabnya tengah syok berjalan jalan,diuji dengan jerebu yang paras bahaya pada bulan September dan Oktober .So terpaksalah 'skip' selama hampir lebih 5-6 minggu. Gambar bawah ini pulak ,rekod masa mula mula belajar berjalan jalan satu masa dahulu. Semoga usaha untuk kesihatan diri ini Allah beri kan kami pahala.Aamiin. ❤ Dan gambar dibawah ini adalah 'fake result' sebab maq lupa nak stopkan aktiviti kat aplikasi brisk walk tu.Luncur je naik motor sampai rumah.Kehkehkeh sorry 😂

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Sisa makanan dalam mulut ketika solat.Sah kah solat?

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama) Soalan netizen : Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih. Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan:  “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’.  "Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”.  (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4) Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zu...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...