Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar
Bismillah, Hari Sabtu yang lepas,Encik suami bawa Maq dan Aida balik ke kampung halamannya di Parit Yusuf ,Muar. Tujuan pertama nak ziarah abang ipar encik suami yang diuji kemalangan.Alhamdulillah, pesakit sudah pun beransur sembuh.Moga Abang Ngah tabah dengan ujian kali ini. body guard Ayah. Rumah putih kat depan tu adalah rumah peninggalan ibu mertua.Mesti encik suami sayu hati lihat rumah pusaka tu dah sunyi sepi.Sebab sebelum berkahwin,disinilah encik suami membesar.Terlalu banyak kenangan beliau bersama adik beradik dirumah itu.Semua hanya tinggal memori. Selepas ibu mertua meninggal dunia pada akhir tahun 2025,rumah tersebut sudah pun beralih tuan.So sekarang kami cuma mampu pandang je rumah tu dari kejauhan sahaja. Lepas balik dari ziarah abang iparnya ,encik suami bawa kami jalan jalan ke kawasan sawah Sarang Buaya.Sawah ni luas dan diusahakan sendiri oleh orang orang kampung berhampiran sejak zaman 80an lagi. Ada sarang buaya ke kat situ? Oh, itu hanya nama kampun...

Comments
Post a Comment