Doa Bersihkan Jiwa

 

5/1/1447H

Bismillah,


Kadang kita rasa susah nak ikhlas.


Amal dah buat. Tapi hati tetap rasa nak dipuji.Bila ditegur, kita cepat marah.Bila dibanding, kita cepat kecil hati.


Kadang, tanpa sedar hati kita sedang kotor  walaupun lidah kita sibuk sebut nama Allah.


Tapi Rasulullah SAW,yang hatinya paling bersih pun masih nak ajar kita untuk sentiasa mohon pada Allah:


Doa bersihkan hati daripada penyakit batin:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي،

وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي،

وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي،

وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي،

وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي


Allahumma inni a‘udzu bika min sharri sam‘i,

wa min sharri basari,

wa min sharri lisaani,

wa min sharri qalbi,

wa min sharri maniyyii.


Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pendengaranku,

penglihatanku,

lidahku,

hatiku,

dan dari kejahatan syahwatku.”


(Hadis Riwayat Tirmizi, no. 3518 | Hadis sahih)



Doa ini bukan hanya mohon perlindungan dari musuh luar tapi dari musuh dalam diri kita sendiri yang paling halus, paling licik: nafsu dan penyakit hati.



Ulama kata:

“Ikhlas itu susah kerana ia menuntut kita sembunyikan amal dari pandangan manusia, dan kadang dari diri sendiri.”


Tapi siapa yang terus berdoa dan lawan, Allah akan bantu dia rasa kemanisan amal walau tak seorang pun manusia tahu.


Jadikan doa ini amalan harian.Sebut dalam sujud. Ulangi selepas tahajud.Atau bisikkan setiap kali rasa diri terlalu yakin dengan amal sendiri.


Sebab bila Allah bersihkan hati,semua benda akan terasa ringan termasuk ujian hidup.


Semoga Allah bersihkan hati kita semua dan tempatkan kita dalam golongan yang ikhlas. Aamiin.


credit to owner📌



Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Ujian Waktu Cuti Panjang

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

Sorang lagi sahabat sekolah tinggalkan kami

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Info Haji 2026

Hilang Pekerjaan Di Malaysia