![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Bismillah,
Rasa terpanggil nak kongsikan diblog.Moga beri manfaat.Ini adalah hasil salin tampal.
APA NAK BUAT KALAU TERSADAI DI ARAB SAUDI SELEPAS UMRAH?
(Tiket tak ada, visa tamat, ejen lesap)
✅ 1. Terus ke Konsulat Malaysia di Jeddah
📍 Villa No. 10, Al-Nuzhah District, Jeddah
☎️ +966 12 672 7820 / +966 12 674 0356
📲 WhatsApp 24 jam: +966 53 247 3903
✅ 2. Jangan keluar dari bandar atau ikut orang tak dikenali.Tunggu di tempat terbuka (lobi hotel / masjid) selagi belum diselamatkan.
✅ 3. Simpan semua bukti pembayaran & dokumen. Tiket asal, visa, itinerary, resit, bukti chat dengan ejen.Guna untuk laporan polis & laporan kepada kerajaan.
✅ 4. Hubungi pihak Malaysia dari Arab Saudi
📞 MOTAC: +603 8000 8000
📞 Wisma Putra (24 jam): +603 8887 4570
📞 Tabung Haji (jika berkaitan): +603 6207 1900
✅ 5. Laporkan kepada polis Arab Saudi.
Pergi ke balai polis berhampiran. Minta bantuan penterjemah.
✅ 6. Jangan panik / bertindak kasar.
Hormat undang-undang tempatan. Elak provokasi.
✅ 7. Hubungi NGO / komuniti Malaysia di Arab Saudi
Cari komuniti pelajar / pekerja. Kadang mereka sudi bantu tempat tinggal/makanan sementara.
✅ 8. Jangan bersendirian
Kumpul dengan jemaah lain. Lebih mudah kawal keselamatan.
✅ 9. Ambil gambar lokasi & aktifkan live location
📍 Share pada keluarga di Malaysia. Bantu dalam kecemasan.
✅ 10. Simpan bateri telefon & duit kecemasan
Aktifkan roaming/internet. Boleh terima bantuan topup dari Malaysia (Western Union / MoneyGram).
“Kalau dizalimi ketika menunaikan ibadah, Allah akan buka jalan selamat yang manusia tak jangka.”
📌Maq nak tambah satu lagi- jangan teragak agak untuk viralkan masalah anda kerana kuasa viral telah bantu ramai orang dengan izin Allah.Tapi buatlah pemberitahuan yang positif ,sahih dan tepat,bukan kata kata negetif yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.