Skip to main content

Cik Misi Dapat Anugerah Kecemerlangan 2024

 


Bismillah,

Kalau post sebelum tahun 2020,maq gelarkan beliau sebagai cik misi tapi selepas bernikah,kenalah panggil Puan.

Puan Misi



Okey Puan Misi - diam tak diam dah  6 tahun lebih beliau bertugas di KKM.4 tahun menjadi pelajar di kolej kejururawatan Kuantan sebagai pelajar batch 2015.Kiranya dah 10 tahun beliau kawteam dengan KKM.



Seorang isteri yang bekerja 3 shif, mempunyai seorang anak.Dengan jarak rumah ke tempat kerja ambil masa 30minit untuk sekali perjalanan.Semua tu tak mudah sebetulnya pada pemikiran maq,tapi Puan Misi ini berjaya uruskan kesemuanya dengan kerjasama dari pihak suami beliau dan dengan keizinan dari Allah swt.Alhamdulillah.


Pernah ditipu pesakit.

Pernah ditipu pengasuh.

Pernah dibuli senior.

Pernah ditengking & diherdik asbab belum mahir dalam berdikari.

Pernah dipandang serong asbab nikah zaman era PKP Cov19.

Pernah hadap macam macam ujian asbab berjauhan dari keluarga dan hidup sebagai seorang perantau.


Pesan maq satu je dekat beliau,niatkan semua usaha kita kerana Allah.Ikhlaskan apa yang dilakukan.Maafkan mereka yang pernah menyakitkan hati.


Sementara masih muda ,jangan mengaku kalah dalam usaha cari rezeki.Dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.


Alhamdulillah, tahniah Ety,moga terus sukses dalam kehidupan didunia hingga ke akhirat.

Biarkan je yang buruk buruk dipandangan mata orang tapi yakinlah Allah akan pandang setiap inci kebaikan yang anda lakukan disetiap hembusan nafas mu.

Saya emak anda dan saya sangat kenali prinsip jati diri anda.


No Pain ,No Gain...Eah tiber🤣

Popular posts from this blog

30 Tanda Awal Berisiko Alami Strok/Angin Ahmar

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Checklist 40 Hari

Adam Aisy Anti Sosial?

Muslim Malaysia Beruntung

Santai Santai Di Pantai Punggur

Tak reti baca Quran tapi boleh dapat pahala?

Bertambah Setahun Lagi Umur Beliau

Pantai Punggur Terhakis Teruk