Skip to main content

Coklat Kunafa Dari Mekah

 

Bismillah,

Sejak viral dikalangan jemaah umrah pasal coklat kunafa ,maq teringin jugak nak merasa.Tapi malu nak kirim dengan kawan kawan yang pergi umrah.Sebab mereka tu pergi  untuk beribadah bukan nak nyoping.


Padahal kat tiktok shop ada je yang menjual coklat kunafa ni namun disebabkan ramai kena tipu dengan seller ,maq langsung tak berniat nak beli kat tiktok shop.


Pada maq ,tunggu lama pun takpa asalkan maq dapat yang betul betul dari tanah arab tu.


Haaaa biasalah orang tua ni memang cerewet sikit.Tunggu lama tu macamlah esok lusa dia nak pergi ke Mekah kan,hahaha niat dah ada sis ,bajet je belum cukup.Sabar maq sabar...


Rezeki aturan Allah.Maq yakin aturan Allah sangat indah.


Nak dijadikan cerita,ketika hari pertama Aida kerja selepas cuti hari raya beberapa hari, seorang mutawif ada bawakan Aida ole ole dari tanah suci Mekah dan Madinah. Salah satunya adalah coklat viral itulah.Yes Coklat kunafa !


Alhamdulillah...



Orang mengidam ni makannya bukan banyak pun.Dapat rasa rasa kat tekak pun dah memadai.


**eh,korang jangan pulak sangka yang bukan bukan.Tua sangat dah ni 😂


Terima kasih Allah untuk rezeki kali ini.Terima kasih tuan haji yang bawakan ole ole untuk anak makcik. Dia tu bukan makan sangat coklat coklat ni.Kalau makcik tak tolong makan sesama, mahu raya tahun depan coklat ini masih tersimpan dalam peti sejuk kami.


Semoga Allah mewahkan lagi rezeki tuan haji sekeluarga..Aamiin


Bismillah ,halal...

🗨️jom makan coklat sambil selawat 

Popular posts from this blog

30 Tanda Awal Berisiko Alami Strok/Angin Ahmar

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Checklist 40 Hari

Adam Aisy Anti Sosial?

Cik Misi Dapat Anugerah Kecemerlangan 2024

Muslim Malaysia Beruntung

Santai Santai Di Pantai Punggur

Tak reti baca Quran tapi boleh dapat pahala?

Bertambah Setahun Lagi Umur Beliau

Pantai Punggur Terhakis Teruk