Skip to main content

Gangguan Yang Tak Nyata

 

Bismillah,

Esok genap 2 minggu kejadian pipe gas meletup dan terbakar  di Putra Heights.


Kejadian yang tak pernah terlintas diminda untuk belaku tapi dengan izin Allah sekelip mata je kebakaran telah memusnahkan semuanya.


Penduduk tinggal sehelai sepinggang, rumah dan harta benda semua musnah.


Allahhu,berat ujian mereka.


Siapa je bolehnjangka benda macamni akan terjadi kan? Seperti maq pernah katakan sebelum ni,banyak kejadian yang mengejut belaku disaat dunia dan isinya sudah semakin tenat.


Kerakusan orang lain,oranglain yang jadi mangsa.


Kecuaian orang lain,orang lain pula yang ditimpa kemalangan.


Kerana hobi orang lain,orang lain pulak yang kena tahan penafasan dan hilang selera makan! 


Eh dah tukar tajuk pulak.


Straight to the point! Ini serius untuk dikhabarkan. 


Kepada semua pecinta haiwan, asbab hobi korang yang suka bela haiwan peliharaan tanpa tersedar jiran tetangga korang yang jadi mangsa keadaan. 


Bahan buangan haiwan peliharaan korang tu silalah diuruskan sebaik mungkin.Supaya ianya tak jadi satu pencemaran udara pada semua mahlok yang ada di sekeliling korang.


Maq ambil contoh disekitar kawasan rumah maq je.Kami tinggal dikawasan perumahan yang berkongsi dinding.Rumah kos rendah pastinya.Semua benda kena kongsi termasuk longkang ,jalanraya ,halaman,tembok pagar  dan banyak lagi.


Kami juga sayang dan minat pada kucing tapi kami tak bela kucing.Masalahnya setiap pagi,bila buka tingkap dibahagian dapur bau ta*i kucing meluru masuk dalam rumah.


Bila buka pintu hadapan bau ta*i kucing semerbak di ruangtamu rumah. Bila jalan jalan di tepi rumah ,sentiasa ada bau ta*i kucing  sepertinya sedang mengejar kami.


Sejujurnya ,sumbangan apakah yang cuba tuan kucing berikan pada kesegaran udara dan keindahan alam milik Tuhan ini?


Maq pernah cakap dekat encik suami,kalaulah hidu bau buangan kucing ini diberi pahala, confirm jiran jiran kita terpaling banyak dapat pahala tanpa mereka sedar.


So korang yang nampak rumah maq tingkapnya asik bertutup aje tu bukanlah bermakna kami ni spisis hamba tuhan yang sombong tapi korang kena paham ,itulah tandanya kami sedang menahan sabar dan menahan nafas.


Dan kalau korang nak tahu , bau ta*i kucing ni adalah antara gangguan yang tak nyata.Nampak seperti hal biasa biasa tapi kesannya melibatkan banyak mangsa.Walaupun ianya tidak meletop dan membakar seperti kebakaran pipe gas di Putra Height tapi ianya sangat memberi kesan.


Sesetengah orang akan menganggap hal ni sesuatu yang remeh. Benda kecil je tu.Padahal tidak! Boleh hilang selera makan bila keenakkan hidangan disertai dengan bau ta*i kucing.Silap silap belum makan dah termuntah dulu!



Kesian kat jiran jiran maq.


Malam tadi kami buka laluan untuk kumpulan marhaban datang ziarah tapi nak adjust tempat makan pun terpaksa berkira kira.

Semuanya berpunca dari masalah "bau" yang sangat mengganggu.

Maq tak nak salahkan kucing tapi tuan kepada kucing kucing tu takda sedikit pun rasa bersalah ke?


🗨️jom selawat



Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

  Bismillah, Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang. Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka. Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL    • Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda. • Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker. • Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam. • Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut. • Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancark...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Jaga Mata

Assalammualaikum .. Banyak betul entri baru masuk harini. Macamilah kalau bulan puasa , sambil menanti anak-anak asuhan balik dari sekolah tadika mereka,sempatlah maq membebel diblog ni . Ambil sikit pengalaman dan jadikan entri. Senang kan? Tak perlu nak mengumpat orang sebelah atau memerhati gelagat jiran -jiran yang semakin meriah mengemas rumah sempena menjelang hari raya nanti. Mata ni kan kalau dah memandang , ada saja komennya.Nakal jugak kan. Tapi nak tau tak apa kata Mata ? - kami ni ambil beratlah maq , bukan nak mengumpat pun. **Haaa selalu jalan ceritanya macam tulah.  "bukan mengata cik peah oii ..cuma bercerita je nie...shh....cakap sini ..abis sini ekk "

Diam Diri Umat Akhir Zaman

  Bismillah, Banyakkali dah jari ini nak menaip dalam blog tapi selalu saja gagal. Sekarang dah tak macam dulu.Kalau blogging zaman 10 tahun sebelum ini,maq akan balun je apa yang terlintas difikiran.Sekarang mode tu dah beralih. Tengah syok  menaip ,bila baca semula macam tak kena je ayatnya,automatik delete!Lepastu buat kerja lain. Tetiba terlintas idea nak menaip tapi bila difikir semula 2/3 kali, terus batalkan niat sebab nak jaga hati orang luar yang membaca. Baru je buka blog nak share benda viral ,eh boleh pulak jari ini tahu malu.Terus stop ,atas alasan dosa dah banyak ,malu kat Allah. Haha itulah tabiat warga keemas emasan. Lebih kepada berani berani takut.Tak macam jiwa orang muda belia.Mereka sanggup redah je apa yang tersirat ,asalkan hajat yang diimpikan dapat. **Maq pernah muda sebab tu berani cakap. Malam ni ada sedikit pesanan yang maq boleh taipkan sebelum munculnya hari esok. Guys,hati hati..Negara islam kini sedang rancak dihuru hara kan.Kacau bilau belaku d...

Petik Cili Di Rumah Ibu

  Bismillah, Pada 10hb Mei yang dah lepas,maq berkesempatan ziarah ibu maq di Pasir Gudang.Sepanjang bulan shawal ,maq hanya sempat jumpa ibu dikampung je.Bila ibu dah balik ke Pasir Gudang dirumah adik maq,kami langsung tak berkesempatan berjumpa. Apa yang menarik dirumah tu,ibu ada tanam macam macam sayur sayuran ditepi rumah tersebut.Semua tanamannya menjadi! Paling seronok bila hasil dari pokok cili,hasil yang sangat meriah! Ibu maq suka bersedekah hasil tanamannya kepada adik beradiknya,anak anaknya dan jiran tetangganya.Seperti mana kita tahu,semakin banyak kita memberi,semakin banyak Allah ganti.Lihat je cili tu! Subhanallah geramnya maq tengok. lefthanded guys** Cili ni pedas berapi tau.Ibu maq dah siap sediakan bag plastik, gunting dan mangkok untuk memudahkan maq memetik cili. Selain cili,ada juga ditanam pokok ubi,bendir,kacang botol, pokok pandan wangi,kunyit,turi dan beberapa jenis pokok lagi yang maq dah lupa. Seronoknya jadi pekebun sayur. 🗨️petik cili sambil bersel...