Shawal Dah 4 Hari Berlalu

 

Bismillah,


Sekejap je harini dah 5 shawal.Kata ustaz hari raya terpaling diraikan hanyalah sehari,iaitu pada hari raya pertama.Sebab tu Rasulullah suruh semua orang pergi masjid untuk raikannya pada shawal pertama.


Lelaki ,wanita dan juga kanak kanak disuruh ke masjid pada hari pertama shawal.Hinggakan wanita yang sedang haid pun disuruh datang ke masjid,biarpun mereka tidak dapat lakukan solat sunat aidil fitri tapi kehadiran mereka semata mata untuk meraikan kejayaan umat islam berpuasa selama sebulan didalam bulan ramadhan.Bermaaf maafan dan menjamu selera bersama sama dimasjid.


Lepas tu dah tak beraya pun dah takpa.Sebab tu kita dibolehkan buat puasa sunat pada hari ke 2 shawal. Orang kita panggil puasa enam.Pahala puasa sunat enam shawal bersamaan pahala setahun berpuasa.


Hebatnya kasih sayang Allah kepada hambaNya.


Tapi sudah jadi tradisi yang dah pun sebati dijiwa orang orang kita dekat Malaysia ni, bila beraya meriahnya memang tak boleh nak dikawal. Termasuklah Maq hahaha.


Kadang kadang tu open house sempena hari raya pun sampai terkeluar dari bulan shawal. Takpa,bagi maq lah kan, niat baik nak jamu selera orang orang terdekat ,inshaallah ganjaran pahalanya tetap ada.Cuma janganlah keterlaluan dalam setiap hal.


Berbalik kisah hari raya Maq,lepas balik dari kampung pada petang raya pertama, maq hanya duduk dirumah dan menunggu tetamu datang.Biasanya keluarga terdekat kami yang balik dari luar Batu Pahat akan datang beraya. Tapi pada raya ke 2 tu, sempat juga maq curi curi masa sambil tunggu tetamu,maq pergi beraya kerumah mak uteh dan rumah along ,join adik adik maq beraya.


Di rumah Along.
Terima kasih tuan rumah.
Momen dirumah mak uteh lupa nak rakam,namun tetap tersimpan erat dalam memori.


Terima kasih pada bonda , makcik pakcik , adik adik ,adik adik sepupu, anak anak saudara yang dah datang beraya dikediaman kami.


"Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu.."


Gambar : Memori bersama tetamu dihari raya ke 2,3 & 4

Family Mak Uteh

Family Ayah Tam bersama Anak Anak Pak Lang ,Anak Anak Arwah Mak Long dan Anak Anak Mak Uda.

Family Mak Andak bersama Anak anak ,cucu cucu dan menantu menantunya.

Family Bro Ezul bersama Mak Usu, Acik Norissah dan Anaknya serta cucu cucunya dan Adik adik Sepupu dari Pasir Gudang

Family Adik Perempuan bersama Bonda kami dan Adik Lelaki Maq.



Terima kasih sekali lagi dari Maq sekeluarga. Moga Allah kekalkan silaturahim ini sampai ke syurga.Moga ada rezeki masa untuk maq pergi beraya rumah mereka pulak.Inshaallah.


Allahhumma Aamiin.

🗨️Jangan lupa selawat

Popular Posts