Kek Minyak Anti Gagal

 


Bismillah,


Jom masak kek minyak .Resepi anti gagal.



Bahan bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa yg disukai ( tak letak pon takpe)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yg disukai

Cara

1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.

 
2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.Putar dlm 5 minit.

 
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.

 
4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

 
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.


6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata

7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas.
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.Sediakan loyang 8 inci / 9 inci


8. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu keliling loyang dgn majerin.

 
9. Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis.


10. Bakar suhu 150 °C @ bergantung kepanasan oven masing-masing.


11.Bakar selama 45 minit ~ 60 minit @ sehingga masak.



Resepi credit to : Nor Khomariah Norrohman


          
Semoga murah rezeki & dipermudah urusan

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026