Bismillah, Lebih seminggu tak buka blog.Idea jadi beku bila badan tak sihat.Dimulai dengan sakit tekak, demam ,selsema dan akhirnya batuk. Macam biasa ,maq takkan ke klinik kalau demam sebab ubat memang sentiasa ada dalam simpanan. Ubat sakit tekak - makan ais krim perasa vanila,perasa lain tak nak. Ubat demam -minum lebih air masak & ambil panadol bila perlu sahaja. Ubat selsema - mandi lemon. Lemon sebiji belah 2,lepastu potong nipis nipis,ambil air bersih dalam setengah baldi ,ramas ramas hirisan lemon dalam air tersebut sambil baca niat ( ikhtiar untuk sembuh dari selsema dan demam ) baca bismillah 5,selawat 1/3/5/7 kali. Mana mana jumlah pun boleh.Guna air tu sebagai air bilasan terakhir mandi. Lepas tu lap macam lepas mandi biasa. Ubat batuk - jus nenas +halia ( blender sampai halus ) kemudian tapis dan tambah madu ikut suka .Kalau ada sakit asma , nenas tu ganti Teh O panas ,halia racik racik je,masukan madu tutup sekejap kemudian dah suam ,minum. Ye ,itula...
Berkongsi sebaris ilmu dan menyimpan secebis kenangan sebagai seorang emak