Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Hadiah Penutup Tahun 2024

Harini 31/12/2024 - maq ada temujanji dengan doktor di KKBP .Ambil keputusan pemeriksaan darah yang dijalankan pada bulan Jun 2024 lalu. Daftar kehadiran sepatutnya pukul 8.00pagi ,tapi untuk mengelakkan kesesakan di klinik , pukul 7.10 pagi maq dah beratur di hadapan klinik.Dapatlah nombor giliran yang ke 10. Sedang elok beratur tadi ada  seorang petugas KKBP buat pengumuman,bermula Januari 2025 ,Jangan datang terlalu awal.Kalau temujanji pukul 8.00 pagi, datanglah pukul 8.00pagi. Haaaa..masak matt.Pesakit dahlah ramai yang nak jumpa dengan doktor.Rasanya nanti petugas KKBP lagi kelam kabut sebab kena serang dengan kami dalam satu masa yang sama. Alhamdulillah,akhirnya siap lah semua.Last step beratur tunggu ubat pula.Bayangkan dari pukul 7lebih hinggalah pukul 10lebih baru siap dan last sekali kena beratur untuk nak ambil ubat. Sis ...sabar itu indah ❣️ Apa keputusan pemeriksaan kesihatan ,ujian darah dan ujian urine maq kali ini? ✅bacaan kolestrol menurun ,bacaan dari 7.7 dah tu...

Amalan Bulan Rejab

Bismillah,Alhamdulillah.. 1 Rejab 1446H tahun ini jatuh pada malam tahun baru masihi 1 Januari 2025. Berikut ini adalah antara amalan yang disarankan disepanjang bulan Rejab nanti. 🤍 Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar) 🤍 Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× selepas Subuh dan Isyak  Memperbanyak doa: أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Rumi : Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana. Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan. 💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T 💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat 💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah 💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab 💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan m...

Menjelang Usia 40

  Bismillah, Saat umur mula memasuki umur 40 tahun,ada banyak hal kena diubah.Suka atau tidak kenalah berusaha. Mari kita semak semula apa kah yang perlu dibanyakkan dan perlu dikurangkan menjelang umur 40 tahun dan keatas. 1. Usaha untuk kurangkan makan, dan perbanyakkanlah berpuasa. 2. Kurangkan tidur dan perbanyakkanlah bangun malam di akhir sepertiganya. 3. Kurangkan bicara yang tak jelas, sia sia. Berbicara perkara lagha dan perbanyaklah berzikir kepada Allah. Jangan biarkan masa berlalu tanpa zikir, selawat dan istighfar. 4. Kurangkan bermewah-mewah, membeli sesuatu bukan keperluan dan perbanyakkan sedekah. 5. Kurangkan bergaul, perbanyakkan muhasabah. Adakan 'me time' dengan Allah SWT. 6. Kurangkan mengeluh dengan dugaan dan cabaran hidup, sebaliknya perbanyakkan berdoa semoga Allah permudahkan urusan. 7. Kurangkan aktiviti dunia, dan perbanyaklah amalan akhirat. 8. Kurangkan meminta pada manusia,  perbanyakkan memberi. Jangan fikir apa akan aku dapat hari ni. Sebalikny...

Black Garlic

Bismillah ,Alhamdulillah.. Dah lama maq mengidam nak makan bawang putih lanang yang hitam ni, haritu bila tengok review semua cakap orang sedap,maq pun beli. Bawang putih diperam sampai hitam.Nak tengok macamana cara buat boleh cari kat youtube. Review dari tekak wargaemas macam maq, rasanya manis manis, strukturnya kenyal macam kurma tapi bau garlic dia ada lagi sesikit. Maq buat ulam makan dengan nasi panas,sambal hijau dan ayam goreng ,rasa sedap Allah bagi, Alhamdulillah sangat sedap! Walaupun dalam video kat tiktok ,tiktoker makan black garlic ni macam makan jajan.Tapi pada maq layan dengan nasi dan sambal lagi sedap.   hitam ,kenyal dan manis. Apa khasiat black garlic ( bawang lanang) ini ? okey lulus ! Korang yang belum cuba dah boleh cuba. Cari kat tiktok shop je senang. Bismillah,halal ! Jom selawat **

Tips Tanam Pokok Kesum

  Bismillah ,Alhamdulillah. TIPS TANAM DAUN KESUM 1.Daun kesum memerlukan tempat yang redup, jangan direct sangat dengan matahari. 2. Daun kesum memang consume banyak air tapi bukan berendam dalam air sangat.Cukup siram 2X sehari atau  ambil besen letak air (jangan terlalu banyak) letak pasu yang ada daun kesum dalam tu nanti tanah akan lembab jer tapi tak terendam. 3. Guna medium tanah hitam dan pasu biasa aje. 4. Orang kata nak biar pokok subur siram dengan air beras tapi kadang kadang  lupa nak buat.Letak je baja 2 minggu sekali. 5. Cara penanaman, cucuk batang daun kesum terus ke tanah, siram selalu insyaallah hidup (Ada orang guna kaedah rendam batang 2,3 hari sampai akar keluar baru tanam). 6. Ada orang cakap daripada pucuk pun boleh cucuk ke tanah.Korang tryla mana satu yang sesuai tumbuh. Kredit: facebook

Pesanan 26 Disember 2024

  Bismillah, Alhamdulillah.. Dah lama tak buat pesanan. Harini hati tergerak nak menaip pasal pesanan peribadi.Andai satu hari bila owner blog ni dah takda lagi,pesanan ni bolehlah dikenang nanti. Okey maq nak pesan, Didik anak dari kecil elok elok.Biar nampak garang macam singa tapi bukan membunuh.Garang garang singa pun ia tetap manja kalau kena pada cara. Kenapa maq suruh didik  anak elok elok? kerana hasil didikan itu bakal dibawanya hingga ke hari tua nanti. Didikan itulah juga yang bakal ditunjukkan pada masyarakat diluar sana. Bila dia tunjuk perangai baik syukur alhamdulillah. Tapi jika yang sebaliknya ?  Kesannya nanti anak juga yang jadi mangsa padahal puncanya kita,Kita dah jadi ibubapa  yang salah dalam usaha mendidik anak anak. Bila dah tua bangka dah tak boleh nak diubah.Benda pun dah makan tahun.Dah jadi darah daging. Kesian... Dan lebih kesian lagi bila orang keliling mula pandang serong.Sedangkan apa yang si anak buat selama hidupnya emak bapaknya ta...

Air Berkabonat keluaran Saudi

  Bismillah ,Alhamdulillah, Cola - keluaran terkini dari Saudi. Katanya air berkabonat ini sedang viral di Arab Saudi.Alhamdulillah, ada hamba Allah yang sudi berkongsi rezeki. Terima kasih daun keladi. Rasanya seakan sama macam air coke juga, cuma,bila kena pada tekak maq,sedikit masam dan kurang rasa manisnya,tekak wargamas memang macamni, korang tu orang muda tau apa hahaha Adik kakak yang nak ke Mekah & Madinah tu boleh lah cari kalau nak merasa. Biasanya bila beli nasi arab atau nasi mandy atau nasi anak unta ,setiap set nasi tu nanti mereka akan serta kan air tin jenama pepsi,tapi asbab pepsi adalah produk boikot,makanya air cola saudi boleh jadi pilihan. Masyaallah. Tapi minum air buah buahan segar lagi bagus kalau korang pergi ke dua dua  tanah haram tu. Sebab?  Disana kita sangat perlukan vitamin C semaksima mungkin.Ini disebabkan perubahan cuaca,kurang rehat, aktiviti harian yang padat serta perubahan waktu siang malam yang berbeza dengan negara kita.Semua i...

Ngopi Bersama Adam Aisy

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini 25/12 ,lepas ziarah mak tok yang dah semakin uzur ,ibu Adam Aisy ajak kami ngopi. Cuaca mendung dan sedikit gerimis dapat ngopi memang nyaman. Bawah ni memori petang tadi di Rengit Coffee di area Aeon  big,Batu Pahat. Terima kasih❣️ Harini cuti umum ,ibu dan ayah Adam cuti sehari je so lepas ngopi mereka siap siap nak gerak balik Jb pula. Semoga dipermudahkan Allah pada setiap urusan anak anak dan anak anak menantu maq. Jom selawat*

Rayuan Haji 2025 (1446H)

   Bismillah,Alhamdulillah. Permohonan rayuan haji telah bermula pada 19 Disember 2024 yang lalu. Anda yang belum dapat tawaran tapi mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi tetamuNya, sudah cukup tabungan, mempunyai kesihatan yang baik, boleh la mencuba untuk buat rayuan. Pengecualian kos penuh diberikan kepada 3 kumpulan iaitu: 1) Mahram  2) Pembantu Jemaah Lanjut Usia 3)Pembantu Jemaah Kelainan Upaya (OKU) Definisi jemaah lanjut usia ialah 75 tahun ke atas. Mana-mana pembantu jemaah dibawah usia 75 tahun akan dikenakan bayaran penuh. Kos haji dengan bayaran penuh ialah RM33 300. Lain-lain rayuan yang  tidak termasuk dalam 3 kategori ini akan dikenakan bayaran penuh. Jika ada sebarang kemusykilan,terus ke pejabat TH untuk dapatkan penjelasan dan info yang benar dan telus supaya urusan rayuan lebih mudah. Info  dari pihak TH: Tiada syarat untuk penuhkan terus RM33,300 semasa buat rayuan. Kalau dah terpilih baru cukupkan duit. Info ni maq ambil dari group haj...

Cara Terima Tawaran Haji 2025 (1446H)

  Bismillah,Alhamdulillah, Bawah ini adalah langkah langkah bagaimana Bakal Haji perlu lakukan setelah menerima tawaran Haji. Info ini maq dapat dari group haji di Facebook.Sengaja simpan disini untuk rujukan bakal jemaah haji tahun 2025 dan tahun tahun akan datang. Sila ambil perhatian !

Kursus Pengenalan Wirid Khaujakan Batu Pahat

  Bismillah, Alhamdulillah. 21/12/24 ,semalam. Dengan izin Allah maq diberi rezeki masa untuk pergi ke program kursus pengenalan wirid khaujakan. Kursus  berlangsung di Masjid Jamek Ar Raudhah , Peserai ,Batu Pahat,Johor. Sabtu 21hb Disember 2024 Pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari Mungkin ramai yang belum tahu apakah itu wirid khaujakan.Wirid khaujakan merupakan ibadah wirid  yang ditulis dengan disiplin dan peraturan yang lengkap.Ianya mengandungi ayat ayat Al Quran ,zikir dan selawat , asma' ul husna dan doa doa mustajab. Fokus utamanya adalah untuk pembangunan kerohanian dan keredhaan Nya untuk kejayaan hidup didunia dan diakhirat. Mula dikenali dikalangan masyarakat islam pada zaman Sultan Aulia'  as Syaikh Abdul Kadir Jailani dan  as Syaid Muhamad Haqqi An Nazali kira kira 1000 tahun yang lalu. Di Malaysia, khususnya di negeri Johor ,wirid khaujakan mula dikenali sejak awal tahun 1940an. Diperkenalkan oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil  bin Abu Baka...

Rindu Yang Jadi Rahsia Allah

  Bismillah ,Alhamdulillah. Dulukan masa maq muda muda. Ada satu perasaan pelik yang maq rasa bila tengok orang orang yang pernah jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Apataknya,baru balik beberapa bulan dah cakap rindu, teringat ingat suasana kat sana. Padahal mereka kesana kan nak buat ibadah semata mata . Nanti lepas diaorang balik haji dan umrah ,berbondong bondonglah jiran tetangga,saudara mara datang ziarah.Mereka seronok bertanya khabar berita dan mendengar cerita serta pengalaman jemaah. Dan, bila maq dah semakin tua menua ni, baru maq paham kenapa situasi tu belaku.Rindu tak pernah padam guys.Dah pergi sekali rasa nak pergi lagi ,lagi dan lagi. Dah 4 tahun pergi pun masih belum  boleh move on lagi. Betapa dasyatnya perasaan tu. Padahal masa memula doa kat Allah dulu, seumur hidup dapat sekali pergi Mekah Madinah  pun cukuplah.Rupanya bila Allah nak tetamunya datang kembali, dengan cara apa sekali pun tetap diundang lagi.Duit ada ke takda itu bukan halangan kalau Al...