Pantai Puteri,Melaka
Assalamualaikum.
Semalam 1 Rejab 1443H.Waktu sedang sarapan ,encik suami ajak keluar.Dia kata pukul 9 .00 dah boleh gerak dan jangan lupa bawa kain telekung & sejadah.
Haa..ni petunjuk bahawa kami akan jalan jauh.Bukan sejam dua jalan jalannya tu maq rasa.
ok, sepantas kilat maq&aida bersiap. Dan tepat pukul 9.00 kami bertiga gerak keluar dari rumah.
Kemana ?
Encik suami : Yang ,cari arah jalan ke Pantai Puteri..
Maq pun buka map google.1 jam 45 minit ,kami pun sampailah ke distinasi yang encik suami nak tu.Perjalanan tak jauh sangat tapi kesesakan lalu lintas dah melambatkan masa .Takpa ,janji dah selamat sampai. Alhamdulillah...
***Assalamualaikum orang Pantai Puteri ,orang Bee Pee nak tumpang menikmati keindahan disini kejap ya...***
Ceh ,mukaddimah dia ..
Pantai yang bersih✅
kawasan pantai yang panjang&luas✅
Air laut boleh mandi manda✅
toilet ✅
tempat mandi✅
homestay ✅
hotel ✅
Kedai makan ✅
Masjid ✅
Surau ✅
Gerai makanan tepi jalan ✅
Harga makanan tak mahal✅
Unta ✅
Sempat share kat youtube .Sorry kualiti video tak memuaskan. Rumah yang warna hijau epal tulah tempat solat. Niat qasar & jamak takdim untuk Zuhur & Asar. Islam itu mudahkan. Lepastu anda dah bebas untuk beraktiviti sebelum masuk maghrib.
Bila free ,Anda kena bawa family kesini . Nasihat maq , masak dirumah siap siap. Bawa tikar & khemah. Bawa pakaian salin. Kaki pancing bawa umpan dan joran.Rasa seronok datang ni,baru duduk setengah jam,encik suami dah cakap "lepasni datang lagi kita bawa khemah " hehe belum balik lagi dah plan nak datang lagi.
Angin pun kuat, tengok je tudung acik bawah ni.
Asalnya bertudung bawal tapi dah jadi tudung pari ! Last last pakai je tudung sarung waktu nak balik. Haha settle masalah!
Bila jam dah tunjuk nak pukul 5, kami terus pergi makan Ikan bakar Parameswara ,Pernu. Kedai makan ni buka pukul 5.00 petang. Waktu maq sampai sana baru pukul 5.05 minit tapi ramai orang dah beratur !
parkir depan ni jauh dari kedai utama dan ianya berbayar. Anda cuma perlu pandang ke arah kanan ,nanti ada penunjuk arah ke kedai parameswara yang dekat dengan tempat makan,Parkir free,toilet pun ada.Jarak 250 meter !Ramai !Ni baru 5 minit kedai buka. Disini proses nak pilih ikan & pilih menu. Harga ikan & masakan berbeza beza. Tapi masakan disini sumpah sedap !
Order form - Kami pilih ikan siakap sweet sour ,sotong goreng tepung ,ulam²&sambal belacan.Nasi putih 3,Limau ais & nestcafe panas. Nampak je sikit tapi untuk makan bertiga adalah sangat berbaloi. Jenuh jugak nak habiskan lauk lauk tu. Bak kata Aida - " penat nak kunyah..."
Aida tukang jaga meja .Orang sangat ramai so kenalah bahagi². Maq & encik suami beli ikan dan order menu,aida tukang cari meja . Yes meja no 16!