Doa kan Maq

 Assalamualaikum.

Salam 1 Rejab 1442 kepada semua readers yang rajin ziarah maq disini.


Selamat bercuti juga  sempena CNY.


Bagi surirumah macam Maq, cuti atau tidak rutin harian tetap serupa. Cuma sejak pagi Khamis  badan maq tetiba rasa 'dedo', panas badan on off. Harap cepatlah sembuhnya. 

Nak tau tak ,kalau badan tak sihat,apa maq selalu buat?

- paling tak suka bunyi bising termasuklah suara iklan atau drama kat tv tu. Maq suka sunyi dan tenang.Fon pun malas nak pegang.

- maq nak rehat secukupnya biar kesihatan maq yang terganggu tu cepat pulih sepenuhnya.

- maq malas nak bersembang.

- maq malas nak fiikir hal remeh.

- makan hal kedua,tidur paling utama bagi maq

- paling teruk sejak dah tua ni ,bila sakit je automatik ingat mati. Hehe benda ni biasa ,padahal bukan tak pernah sakit .

Alhamdulillah..sehari dua ni ,encik suamilah yang buat semua tugasan rumah maq. 

Selain nak cerita dugaan kesihatan, takda apa pun  nak dikongsi diblog kalini. Cuma benda paling kelako maq rasa bila sakit di musim wabak macam sekarang ni,badan rasa panas sikit je kepala otak terus fikir lain, 

Nauzubillahiminzaliq ..

Sekarang ni maq masih dipesan banyakkan minum air masak ,makan ubat dan ambil vitamin C. 

Entri pagini terhasil pun sebab dah rindu sangat nak menaip dalam blog sendiri...


Doa kan maq ye..




Comments

  1. Bawa-bawalah berehat, ikut keselesaan Maq. In shaa Allah, bulan Rejab yang mulia ini Allah kabulkan doa untuk kesihatan Maq. Cepat sembuh ye Maq.

    ReplyDelete
  2. Amie, terima kasih,insha Allah doa kebaikan juga buat semua ye ,aamiin..

    ReplyDelete
  3. NA ,terima kasih.Semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhirat kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026