Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

 



Assalamualaikum.

**setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..!

cewah ..hehehehe..

Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.

 Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee.. 

25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ? 

PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat . 

"Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂

bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesitu.


Tudiaaaa..

inilah "kemas" yang beliau maksudkan rupanya. tin tin.. Lantai lama kita tukar lantai baru.


Benda alah ni lah kami beli kat kedai  eco tu sis. Kualiti dia tip top. Sekeping rm2.10 jek ,sekotak ada 20 keping. Encik suami beli 7 kotak untuk dua saiz bilik yang berbeza. (bilik saiz 10x10 & 10x13 ) Sejak beli rumah ni kami tak pasang pun tile untuk bilik atas tu,maklom rumah kos rendah, bajet owner pun rendah jugak,alahaii..


Vinyl - item pilihan kalini untuk kemasan lantai bilik . Musim Covid19 yang berterusan ni plan asal telah bertukar. Mulanya nak pasang tile untuk lantai bilik tapi bila perintah kawal pergerakan asyik bersambung sambungan, inilah jalan diambil. Do it your self with apa ada sudah.. hasil kejadian?

bilik couple.

Kira boleh la tu kan.Deko bajet rendah je pun.Modal tenaga ,modal masa 3hari,modal wang tak sampai rm 300 pun. 

bilik single.

Tak siap kemas lagi tu. Sarung sarung tilam tu entah letak mana ntah haha.Alas dulu mana yang ada jek.

Bila kata kemas bilik ,bagi maq ..banyak item nak kena dibuat 'selection' , simpan benda yang tidak pakai tu tak bagus. Yang bagusnya disedekah kat orang atau buang je kalau tak elok. Apa?? kain baju dan tudung  la ,apa lagi. Masa membeli taknak beringat! hehehe perempuannnnn...




Popular Posts