Skip to main content

Sedekah itu Penawar Sakit


Assalamualaikum.

Siang tadi , maq temankan encik  suami pergi majlis makan kenduri dirumah kawan kerja beliau. Bila dikad undangan ditulis ' Encik Osman sekeluarga' , okey si bongsu ( Aida ) dah wajib ikut kami.


Encik suami punya perangai , bila diundang atas nama suami isteri , dia takkan bawa anak anak ikut sama kemajlis tersebut.  Katanya yang diundang hanya kami  berdua ( suami dan isteri ) tetapi jika dikad tertulis 'sekeluarga ' pastinya tiap anak yang ada dirumah dia suruh pergi.

Kadang bila dia cakap ada undangan je maq akan tanya ,

" Abang  nak ajak saya ke?" nanti encik suami bagi jawapan padu.

" abis tu nak bawa siapa lagi? Lainlah ada lain. Boleh jugak abang bawa yang 'lain' tu ..."

Hahahaha huarghhhh.. Pedih šŸ˜‚

Menghadiri majlis undangan itu wajib tetapi makan makanan dimajlis  yang tidak diundang itu haram hukumnya kecuali kita minta izin dengan tuan rumah terlebih dahulu. Awal awal beritahu dia  yang kita ada bawa orang lain bersama sama dengan kita nanti.

Tapi pada pendapat maq ,kalau anak anak tu masih kecil kecil ,takkanlah nak ditinggalkan kat rumah pulak,ye tak? Memang kena bawak  sama lah. Lagi pun orang mesti  boleh paham keadaan kita. So jangan risau kalau pergi majlis terpaksa bawa anak anak kecil,  benda tu lumrah. Yang penting majlis tu dapat dihadiri.

Masa dalam perjalanan tadi, ibu mertua ada call. Katanya , adik lelaki dan abang ipar encik suami tak sihat. Keduanya sedang dirawat. Sorang ditahan dihospital Muar , sorang lagi sedang mendapatkan rawatan sifa'. Allahhu , sedih dengarkan  khabar ini.

Encik suami ? Hmm membisu terus dia masa dalam perjalanan kemajlis kenduri tu tadi. Apa yang di fikirkan ketika tu , cuma dia dan Allah je tahu ( gambar atas)


Mengenangkan encik suami kena kerja malam lagi malam ini , kami rancang akan ziarah mereka pada hari cuti beliau , iaitu , esok!

Tapi tadi , sebelum beliau pergi kerja. Maq sempat bisikkan sesuatu ditelinga beliau.

" Sayang jaga kesihatan tau. Kurangkan merokok tu. Bukan suruh berhenti terus tapi belajar kurangkan pengambilannya sikit demi sikit. Merokok memang merosakan paru paru sayang sorang je  ( ayat ini yang selalu beliau guna pakai bila maq bising pasal rokok. Padahal asap tu boleh rosakkan banyak paru paru ) Nanti kalau sayang sakit, saya yang kena jaga. Saya kena uruskan semua hal rumahtangga kita. Saya ni bukannya sihat 100% pun , dah tu semua hal saya tak tahu buat. Apa benda pun saya tak reti. Tak reti bekerja , tak reti memandu , tak reti berniaga , tak reti apa pun. Dah la harta takada , kalau sayang sakit, saya pun akan sakit sama nanti."

- Masa tu maq masih mampu  lagi nak tahan airmata ni dari tumpah. Tapi dada rasa beku sangat dah .. Sebak*

Memang betul , sakit itu penghapus dosa . Tapi siapa sanggup tengok orang yang dia sayang sakit?? Tak semua orang sanggup. Lebih lagi jika suami ( ketua keluarga yang sakit ) Allahhu..siapa tak sayang suami oii..😭

Ustazah pernah cakap , bila ahli keluarga kita sakit , sebenarnya Allah sedang menduga kita. Jangan mengeluh ,jangan merunggut tentang musibah yang datang . Buatlah solat taubat ,beristighfar dan berdoa, mohon Allah ampunkan semua kesilapan silam kita yang dah kita buat secara sengaja atau tidak.

Antara amalan bagi menyembuhkan penyakit  yang disarankan dalam islam ialah " bersedekah". Selain jumpa doktor , jumpa dukun , jumpa ustaz , sedekah juga antara usaha nak sembuhkan penyakit. Tak nak cuba?  Ramai dah buat termasuk maq. Alhamdulillah ,janji Allah itu pasti.


Harapan maq semoga semua insan terdekat encik suami yang sedang diduga Allah tu cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan penyembuhannya. Bila dah sihat nanti dapatlah membuat amal ibadah dengan sempurna dan khusyuk semula seperti biasa,insyaallah, Aamiin



Kalau perlu ,amalkan doa yang ustaz ajarkan dalam 2 video diatas tu.

Maq - ' Sharing sebab caring.'

Mudah mudahan beri manfaat.❤


Popular posts from this blog

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Khutbah Jumaat JDT

        INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 06 Mac 2020                  11 Rejab1441 TAJUK  :  Menghargai Wanita                 1) Agama Islam- agama yg hormati kaum Wanita; iktiraf kepentingan mereka dlm kehidupan; Allah letak kedudukan Wanita di tempat mulia. 2) Firman Allah Surah An-nisa'/32 bermaksud: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yg Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (utk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yg lain (tentang harta benda ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran) kerana (telah tetap) orang orang lelaki ada bahagian dari apa yg mereka usahakan dan orang orang perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan." 3) Kaum Wanita- golongan istimewa; berperanan dlm kehidupan keluarga masyarakat & negara; berkebolehan laksana dua kerja dlm satu masa; sebagai isteri dan  sebagai ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Senaman Bersesuaian Penyakit

  tekan gambar untuk penerangan yang lebih jelas Bismillah, Rupanya setiap penyakit ada kesesuaian dalam lakukan senaman dan pergerakan harian kita.Kalau tengok pada gambar, setiap senaman ada dijelaskan berkaitan penyakit penyakit tertentu. Sengaja dikongsikan diblog untuk tambah tambah ilmu dunia sesama kita.Semoga beri manfaat.Moga jadi pahala kepada pemilik gambar. Credit to owner šŸ’•