Skip to main content

Aplikasi Tilawah Malaysia


Assalamualaikum.

Bila kita berjalan keluar untuk satu jarak yang jauh, masa yang terluang sebagai "penumpang" disebelah pemandu jangan dipersia siakan macamtu sahaja. Ada banyak cara untuk kita tak membazirkan masa kosong yang berjam jam itu. Isilah dengan membaca al Quran, selawat ataupun berzikir .

Kalau maq, maq suka baca Quran dalam kereta. Tak lama pun takpa, asalkan ada baca. Kadang maq baca kejap kejap,sambil layan encik suami sembang sambil sambil memandu tu. Kalau tak dapat baca surah ,baca tafsiran pun dah okey dah.

Oleh sebab itulah maq ada download satu aplikasi Al Quran di handphone . Dengan tujuan supaya tak payah susah susah nak buka kitab al Quran dalam kereta. Banyak dah aplikasi maq try guna tetapi yang terbaik setakat ini adalah aplikasi tilawah Malaysia, dan maq baru aktifkannya belum sampai tempoh setahun pun lagi. Tapi rasa maq inilah aplikasi terbaik setakad ini. Alhamdulillah..

Tu dia wallpaper nenek nenek nowday 😂


Tilawah Malaysia merupakan hasil kerja rakyat Malaysia,muslim. Dan ianya sangat membantu bagi pembaca Quran yang tidak berapa hebat seperti maq. Maq minat aplikasi ni sebab sistem kenal hukum tajwid dia tu bagus. Sangat memudahkan. Tekan je perkataan , nanti kita akan tahu hukum tajwidnya, makna tafsirannya dan ini memang sangat memudahkan. Bawah ini antara penerangan penerangan aplikasi Tilawah Malaysia.










Untuk pengetahuan anda ,ada banyak lagi sebenarnya kelebihan dalam aplikasi ini. Carilah di playstore ,install, anda akan tahu lagi banyak tentangnya dan juga  tentang Al Quran. Dan kalau dia suruh log in tu ,gak usah dong jika anda rasa anda  gak mau bayar. Baca untuk free aje.   Dan kalau cuma baca yang free sekalipun dah dapat pahala dah orang yang memprogramkan aplikasi ini. Kan? Insyaallah...

Nota maq : beramallah sepertinya kita akan mati pada esok hari..❤

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Tudung Labuh Ikut Gaya Ustazah?

Usia Pernikahan Yang Ke 31

Iltiqa' Sakinain

Handphone

Pokok Bendi Dah Mula Berputik

Asam Pedas di Teluk Wawasan, Simpang 5, Batu Pahat

Kawal Je bukan Sembuh

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

Readers Dari Mana?

Tidak Berkerja Tapi Nak Buat Buku Simpanan di Bank?