Assalamualaikum.
Sebagaimana yang sudah dijanjikan ,bila tiada halangan pada Ahad kali ini (6hb Oktober 2019) ,maq dan encik suami akan pergi ziarah abang ipar dan adik lelaki yang sedang sakit dikampung dan di hospital Muar.
Kesempatan ini maq tambah lagi dengan menziarahi seorang lagi hamba Allah yang sedang diduga dengan sakit ,beliau ialah sahabat sekolah maq. Kalini Maq tak nak cerita pasal abang dan adik ipar dulu tapi Maq nak kongsi pasal sahabat maq yang sorang ini.
FK - bukan nama sebenar.
FK seorang sahabat sekolah yang ceria. Seorang suri rumah yang mempunyai seorang anak perempuan berusia dalam lingkungan -+20. Tidak mempunyai apa apa rekod penyakit . Takda darah tinggi, takda kencing manis ,takda kolestrol tinggi , takda jugak masalah jantung! Beliau merupakan seorang warganegara yang sihat 100%.
Tiba tiba tak disangka sangka beliau telah diserang lumpuh separuh badan. Sehinggakan nak duduk atas wheel chair pun dia tak mampu. Macam macam usaha doktor dan family buat untuk sembuhkan FK.
FK dah terlantar atas katil sejak bulan puasa yang lalu dan hanya bergantung pada bantuan mesin oksigen untuk bernafas. Katanya mesin tersebut pun di sewa dari sebuah farmasi berhampiran dengan kos yang agak tinggi. Sekarang dia sedang dirawat dirumah sebab keluarga dah tak tahu nak ikhtiar cara apa lagi.
FK boleh bercakap seperti biasa dan hanya minum susu sesuai untuk alas perut. Separuh bahagian tubuh beliau dah tak mempunyai deria rasa.
Maq : Allah sayang kau, Allah pilih kau sebab Allah tahu kau kuat,kau orang baik ,Allah nak kau rehat bila dah masuk umur 50 tahun. Kau lebihkan lagi bersabar ye. Anak dan suami ada untuk jaga kau dengan baik sekarang ni. Alhamdulillah..
FK : kalau Allah sayang aku, ambil ajelah aku . Aku dah tak boleh buat apa apa lagi dah macamni. Anak ,suami , kesian kat diaorang. Letih jaga aku. Aku dah tak boleh buat apa apa untuk diaorang , aku dah tak berguna lagi..😢
Maq : 😭 ... FK , Allah nak tambah pahala pada semua orang. Pada kau, anak kau , suami kau , adik beradik kau ,kawan kawan kau. Sabar la..
FK pandang ke arah lain. Maq tahu dia hampa bercampur sedih. Maq juga tahu ,cuma dia je tahu apa yang dia rasa. Maq tak nak FK terus mempunyai rasa tertekan berbaring diatas katil seperti itu.
Maq : awak jaga ibu awak, takpayah cari kerja dulu . Kan abah dah janji nak bayar gaji jaga ibu , abah bagi gaji , Allah bagi pahala ..haaa double tu...😉
*Cuba bagi semangat kat anak FK . Dia senyum. Tapi mata dia merah. Mata abah dia jugak merah. Dan Kami terus ...krik³
Apa yang paling buat maq rasa sedih bercampur kecewa ,serta patah hati sangat sangat sampai saat ini ialah bila FK beritahu ,hasil keputusan doktor tempohari menyatakan bahawa FK kena kanser paru paru disebabkan asap rokok.
Allahhu..😭
Sampai saat ni maq masih terkilan dan sedih.
Nota maq : FK , aku nak kau sembuh. Aku nak kau bahagia. Aku doakan moga ada keajaiban buat diri kau...😭
Comments
Post a Comment