Assalamualaikum.
Salam isnin. Yok sembang pasal isu rumahtangga yang tak pernah sunyi didunia ini , and it is "curang".
" Bersembang takpa ,jangan sembang je lebih ,maq.."
Eh , ada suara la hehehe . Okey fine, kalini sembang betul punya. Bukan sembang lebih okey.
Baca tajuk ,kita dah boleh buat andaian total.
Pertamanya mesti orang akan salahkan pada dua manusia yang ambil bahagian. Dua hati pada landasan cinta terlarang. Kan?
Lepastu , mangsa keadaan akan baran dan buat berbagai tindakan diluar kawalan sebab kecewa sangat sangat. Right?
Kita nak salahkan siapa dalam hal ini?
Okey ,jom fikir dengan logik. Dan kat bawah ini logik maq.
❤Bila pasangan sempurnakan semua tanggungjawabnya kepada pasangannya. Anda rasa berlakukah cerita curang ini?
❤Bila masyarakat keliling tak kepochi pasal rumahtangga orang lain, anda rasa ada tak istilah curang dalam kamus hidup?
❤Bila seorang yang digoda tetapi dia abaikan je godaan godaan itu dan dia sanggup dihina oleh orang lain semata mata nak jaga hubungan halal dia bersama pasangannya ,maq rasa perkataan curang itu hanyalah nama sejenis kuih raya.
❤Dan kalau manusia takda rasa tamak. Takkan ada istilah curang. Yang ada cuma larang melarang.
💕Jangan berani main api kalau taknak terbakar jari.
💕Jangan sampai yang dikendung berciciran, yang dikejar tak dapat dapat.
💕Jangan jadi seperti anjing dengan bayang bayangnya sendiri.
Okey kesimpulannya : dalam kes curang ni , semua orang main peranan dengan itu semua orang adalah pesalah, termasuk orang yang sebar video kes dilaman sosial..😆
Itu logik pada fikiran maq lah kan, pendapat anda mungkin lain. Tak apa ,its okey..
Nota maq : Setialah pada yang setia. Mencari yang halal itu adalah wajib ! Hahaha dah macam kempen BMF pulak dah !
Teruskan berkempen Benteras curang !!!😂
Comments
Post a Comment