Skip to main content

Khutbah Jumaat JDT

 
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT

TARIKH : 25 Oktober 20l9
                 26 Safar 1441

TAJUK  : Ancaman Terhadap 
                 Pelaku Dosa.
               
1) Dosa- balasan buruk kerana melakukan larangan Allah; meninggalkan suruhan Allah; kelakuan yg salah dlm ajaran islam;  seorang yg melakukan perbuatan buruk; balasan setimpal mengengkari perintah Allah.

2) Firman Allah Surah Al-baqarah/206 bermaksud: "Dan apabila dikatakan kpdnya: bertaqwalah engkau kpd Allah, timbullah kesombongannya dgn (meneruskn) dosa (yg dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya (neraka jahanam itu) adalah seburuk2 tempat tinggal".

3) Sebagai manusia- tidak terlepas melakukan kesilapan; sengaja & tidak sengaja; orang mukmin berusaha elak kesilapan & dosa; tanda kehancuran diri apabila tidak henti2 melakukan dosa.

4) Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa seolah2 dia berada di bawah gunung. Dia merasa ngeri apabila gunung itu menimpanya. Adapun orang yg sering melakukan dosa, ia akan melihat dosanya spt seekor lalat yg hinggap di batang hidungnya kemuduan diusir spt ini (Baginda mengipas tangan ke hidungnya)".
(HR: Imam Al-Bukhari)

5) Peringatan ayat2 dlm Al-qur'an - mengajak manusia melakukan ketaatan; mengancam manusia melakukan kemungkaran; ketaatan meraih pahla dan ganjaran syurga; kemungkaran mengundang dosa; pelaku dosa akn terima hukuman di dunia dan di akhirat.

6) Lembaran sejarah kemungkaran umat terdahulu- Allah binasakan firaun dan bala tenteranya; qarun dan harta benda kekayaannya; umat Nabi Noh; kaum 'ad; kaum thamud dll.; terima hukuman Allah sejak di dunia; ditenggelamkan ke dasar laut; ditimbus dgn tanah; dihujani dgn batu; dll azab Allah akibat dosa mreka.

7) Siksaan Allah di akhirat- disiksa di neraka; derhaka dan engkar perintahNya; siksaan yg sangat dahsyat; tiada sesiapa sanggup berada di dlmnya; seringan2 siksaan pun manusia tidak mampu tanggung.

8) Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Penghuni neraka yg paling ringan siksaanNya pd hari qiamat adalah seseorang yg kedua2 telapak kakinya dipakaikn selipar sehingga otaknya mendidih". (HR: Imam Muslim)

9) Ingat- "Sesungguhnya Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya tetapi manusia lah yg menzalimi diri mreka sendiri".

10) Firman Allah Surah As-sajadah/12 bermaksud: "Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang2 yg berdosa itu menundukn kepalanya di hadapan Tuhan mreka (dlm keadaan malu dan hina sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dgn sejelas2nya (akan segala yg kami engkari dulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal2 yg baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

11) Muhasabah diri- perbanyakan taubat; mohon ampun atas segala kesalahan dan dosa; berdoa dipelihara dari azab Allah; mudah2an termasuk di kalangan orang2 yg beruntung di dunia dan akhirat.

12) Firman Allah Surah An-nisa'/31 bermaksud: "Jika kamu menjauhkan dosa2 besar yg dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan2 (dosa kecil) kamu dan Kami akan masukan kamu ke tempat yg mulia (syurga)".
               



               بارك الله لي ولكم ...


Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Tudung Labuh Ikut Gaya Ustazah?

Usia Pernikahan Yang Ke 31

Iltiqa' Sakinain

Handphone

Asam Pedas di Teluk Wawasan, Simpang 5, Batu Pahat

Pokok Bendi Dah Mula Berputik

Kawal Je bukan Sembuh

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

Readers Dari Mana?

Tidak Berkerja Tapi Nak Buat Buku Simpanan di Bank?