Skip to main content

Khutbah Jumaat JDT



*INTISARI KHUTBAH JDT HARI INI.*

19 SAFAR 1441H / 18 OKTOBER 2019*

Tajuk:MEMELIHARA HUBUNGAN PERSAUDARAAN.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujuraat Ayat 10 bermaksud; "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

1.  Bertaqwa kepada Allah SWT.

2.  Ikatan persaudaraan adalah dituntut di dalam Islam.

3.  Bukan sahaja hubungan dengan Allah SWT sahaja yang wajib dijaga tetapi juga hubungan sesama manusia yang diikat berlandaskan iman dan taqwa dan hubungan ini akan dapat berterusan hingga ke Akhirat.

4.  Tali persaudaraan bukan sahaja terjalin dengan hubungan darah daging keturunan, tetapi ianya melewati dan merangkumi ikatan yang lebih dari itu iaitu atas dasar kesatuan Aqidah dan ikatan persaudaraan Islam.

5.  Ikatan persaudaraan yang kukuh atas dasar kesatuan Aqidah dan ikatan persaudaraan Islam dapat menguatkan lagi hubungan ukhuwwah dan kekuatan umat Islam.

6.  Sebagai sesama Islam wajib saling mengasihi, tolong-menolong, menghormati antara satu sama lain, tidak menzalimi atau menganiaya, bertanggungjawab meringankan beban muslim yang ditimpa musibah dan kesulitan serta menutup aib atau keburukan saudara muslim yang lain.

7.  Meskipun seorang muslim itu ada kesalahan dan kesilapan seperti pertelingkahan, salah faham dan perbezaan pendapat hingga membawa permusuhan. Sewajarnya dibaiki dan bukannya mendatangkan kemudharatan seperti hasad dengki, ammarah, dendam dalam diri dan sepatutnya perbezaan pendapat biarlah yang membawa kebaikan.

8.  Sifat-sifat hasad dengki, ammarah dan dendam dalam diri boleh memusnahkan diri dan merosakkan ibadat serta hubungan persaudaraan.

9.  Di akhir khutbah; perlulah sikap membantu sesama umat Islam. Dari sikap bantu-membantu akan membuahkan persaudaraan, perpaduan dan kekuatan di kalangan umat Islam. Marilah berganding bahu, bekerjasama dan tolong-menolong serta jauhilah perbuatan menyakiti hati saudara seislam yang boleh membawa kepada kerosakan hubungan persaudaraan sesama Islam.




Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Tudung Labuh Ikut Gaya Ustazah?

Usia Pernikahan Yang Ke 31

Iltiqa' Sakinain

Handphone

Asam Pedas di Teluk Wawasan, Simpang 5, Batu Pahat

Pokok Bendi Dah Mula Berputik

Kawal Je bukan Sembuh

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

Readers Dari Mana?

Tidak Berkerja Tapi Nak Buat Buku Simpanan di Bank?