Skip to main content

Minda aras bawah


Assalamualaikum.

Salam 2Muharam 1439 Hijrah. Alhamdulillah wasyukurillah. Sehari lagi umur ditambah. Semoga kita semua mendapat umur yang bermanfaat.

Kenapa tajuk entri ada perkataan MINDA?

Minda , akal , otak ,pemikiran tu semua hampir serupa maksud dia cuma kalau kita cari makna lagi mendalam adalah beza sikit sikit.

Ceritanya macamni :

Semalam ,lepas maghrib lebih kurang pukul 8.00malam macam tu , maq , suami dan anak bongsu pergilah ke Aeon Big Batu Pahat . Kebetulan  Aeon ada buat diskaun untuk barang keperluan dapur dari 22/9-27/9/2017. Antara barang barang yang di offer kali ini seperti :

Bawang besar sekilogram RM0.80
Bawang putih sekilogram RM4.80
Kentang  sekilogram RM0.80
Ayam sekilogram RM4.80
Ikan siakap seekor RM4.80
Sabun cuci pakaian fab 2.3kilo RM7.80

Ada banyak lagi sebetulnya tapi maq malas nak taip. Atas tu hanya antara barang yang sempat maq beli ,tu sebab maq ingat.

Okey , lepas siap beli ,kami pun keluar dari Aeon Big menuju ke kawasan parking kereta. Apakah ? Kereta kami kena block ??


Pertamakali jika anda menghadapi situasi macam ni , apa yang akan anda cakap?

Memang semalam kawasan parking tu agak padat , tapi masa kami tiba , kawasan kami parking tu kosong , so kami pun berhentikan kereta disitu. " SILAPNYA IALAH KAMI" bila encik suami parking terlalu ke tengah ,Kereta lain akan dapat dua ruang lebar dan membolehkan kereta diparking disitu,sepatutnya kawasan tu hanya boleh letak dua biji kereta sahaja.

Soalan pertama! Kebodohan apakah antara kedua kereta yang block kereta kami tu? Tak kiralah siapa yang salah tapi cara parking yang terlalu rapat tu pun dah tahu aras mana minda mereka. Aduhai , wujud lagi manusia macam ni kat Batu Pahat bandar ku sayang ini. Hahaha

Kereta belakang punya jarak parking huhu

Kereta depan pulak buat jarak parking,ko rasa? Hahaha not bad !

Tapi apa respond encik suami ? Hmm  beliau " cool  jek"  satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut beliau. Tu yang buat maq sayang angat angat tu, sabar sangat dia ni tapi yang  dok bising pot pet pastinya anak bongsu dengan ibunya ,huhu almaklom orang perempuan lah katakan.

Ok ,kami tunggu ! Sambil sambil tu ,sempatlah jugak buat kerja untuk lepaskan tekanan. Apa kerjanya? Ya , ambil gambar nombor kereta tulah. Kot nombor tu nanti boleh naik kat kedai 4D ! 😂

nauzubillah himinzaliq !



Kereta depan dan belakang. Nombor kereta ni korang kenal kah? Haa kalau kenal , tolong kasi ilmu sikit kat beliau , supaya beliau boleh jadi pemandu yang berhemah dunia dan akhirat. Insha Allah.

Lepas tunggu hampir 1jam , muncul sekumpulan manusia , yang rasa maq mereka sejak lahir memang tak diajar mengucap dua kalimah sahadah. Confirm!

Mereka melulu menuju ke kereta bahagian depan kereta maq . Paling nak meletop hati ni , sudahlah bazirkan masa kami anak beranak selama 1jam ! Tak pulak cakap " SORRY "  , nak angkat tangan tanda hormat sebab dah tunggu mereka pun langsung tak !!

Anda rasa tak apa yang maq rasa ???? Dasar makan tak pernah nak baca bismillah.. Hmm benci tau !


Anak maq : kenapa tak marah jek org tu tadi ayah? Dahlah tak cakap sorry , angkat tangan kat ayah pun tak ! Grrrr

Encik suami : krik³ ..sambil memandu

Maq : orang yang minda dia diaras bawah macam tu , dia takkan rasa dia dah buat salah , dia takkan pandai hormat orang lain , dia lebih pentingkan diri dia sendiri. Kalau orang minda dia berada diaras tinggi, dia tahu macam mana nak parking kereta , dia tahu nak hormat orang walaupun berlainan bangsa. Dia tahu nak sebut sorry /maaf . Awak faham ?

Anak maq : eeeeee.. Geram ! Geram !

Maq : Hahaha geramlah awak sesorang. Maq malas nak fikir , perut dah lapar dah ni ,maq nak fikir pasal makan jek sedap sekarang ni ha.

Nota maq : Betul kata orang , kalau anak belajar tinggi dapat straight A sekali pun , belum tentu bila dia dah besar nanti dia akan jadi manusia taraf A dengan orang lain. Jangan paksa anak untuk pandai belajar kalau kemampuan dia dah memang tahap tu jek  tapi paksa anak untuk belajar hormat orang dan hormat undang undang kerana dia akan hidup dengan ramai orang nanti , bukan dia seorang jek nak hidup.


Eah , apa kisah kereta yang block kat belakang tu ? Khabarnya dia dah lemas dalam jualan murah kat Aeon Big ! Hahahaha apa pun tak boleh !

Ingat ! Biar tak handsome tapi pandai parking ,pandai hormat orang. Bawah ni maq ada lagu untuk dua tuan kereta tu.

🎶
"sepohon kayu daunnya rimbun
" lebat bunganya serta buahnya
"walaupun hidup 1000tahun
"kalau tak tahu parking apa gunanya
"walaupun hidup 1000tahun
"kalau tak tahu parking apa gunanya...  ðŸŽ¶

Maq doa agar orang lain tak kena macam maq dan family kena malam tadi , aamiin. Waktu makan ,maq tanya encik suami :


Maq : "abang tak marah pasal kereka tadi?"

Encik suami: "biarlah dia buat kita , esok esok orang lain pulak akan buat kat dia " ..

Maq : "Allah hu"

..sebab tu saya sayang awak sangat sangat , dulu ,kini dan selamanya..

(cakap dlm hati sambil kunyah nasi )😭




Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Nasihat doktor Arman Shah

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan. Sekadar hiasan.  BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗ (Diharap sudilah membaca sampai habis) Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan. Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini. Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan. Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown. Vaksin Cov...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...