Skip to main content

Hijrah itu pengorbanan


Assalamualaikum.


Alhamdulillah ,gambar atas inilah doa yang tiap pagi maq akan dapat dari group GBGS . Group apakah ? Huhu group whatsapp sekolah. Antara kelebihan group ni , rutin setiap pagi akan dimulakan dengan doa 12pintu , ya ,maq ulangi SETIAP PAGI !! dah kami ahli group yang lain cuma mengaminkannya jek , terima kasih sahabat. Allah selamatkan kalian dunia akhirat.

Apa khabar orang Batu Pahat?

 Ya ,cuaca sekarang , sekejap panas ,sekejap hujan ,sekejap gerimis dan kadang mendung pulak berlabuh sampai ke petang hari. Alhamdulillah pada tiap nikmat Allah.

Orang kata musim hujan sedap tidur huhu memang sedap tapi bukan bagi maq , kerana bila pengasuh tidur , apakah bakal terjadi kat anak anak asuhan? Diaorang sejak kebelakangan ini dah susah dah nak suruh  tidur siang. Akal sedang rancak berhubung agaknya ,hehe.

Berkaitan tajuk entri , " Hijrah itu pengorbanan"

Maq nak tujukan khas buat keluarga muda yang sedang nak mula mengharungi gelombang rumahtangga.

Susahnya nak hidup senang . 

Haaa itu kadang kadang antara ayat yang akan keluar dibenak otak kita . Memulakan alam rumah tangga itu adalah penghijrahan paling besar bagi semua orang yang baru berkahwin.

Tak semua orang yang baru kahwin tu hidup dia senang. Terlalu banyak pengorbanan dia kena tempuh. Contohnya.

🌹Kenal perangai pasangan.

Masa bercinta anda tak tahu perangai teruk dia. Bila dah nikah, haa ambikk ! Hahaha nak nangis pun ada kadang. Tapi apakah itu kekurangan dia yang anda perlu ubah? Anda tak boleh ubah dia tapi anda hanya perlu terima dia seadanya. Sikit demi sedikit , pahami perangai buruk dia tu , sambil tu nasihatlah pelahan lahan supaya dia tahu perangai buruk dia tu salah. Tapi ingat ! Nasihat dengan marah tu berbeza tau ,haa hati hati bila guna.

🌹Kena belajar  kongsi duit gaji bersama.

Haa ,masa bujang , duit gaji pelokek kan? Terutama dengan adik beradik sendiri. Kadang tu dengan emakbapak sendiri pun nak berkira , hahaha . Tapi dengan kawan kawan kemain korang boros , lagilah dengan cinta hati , boleh jek beli apa yang dia nak. Bila dah nikah? Nak berkira jugak ke dengan pasangan anda? Mungkin masing masing ada duit masing masing TETAPI anda harus ingat , untuk tempat tinggal , makan minum dan keperluan asas , semua tu kewajipan suami , manakala isteri hanya top up mana yg kurang. Ya ,kewajipan itu dipanggil NAFKAH ! Berdosa bagi suami yang mengabaikan nafkah isteri.

Masyarakat sekarang lebih suka berkira antara nafkah dengan tanggungjawab. Andai gaji tak cukup atau sekadar cukup makan jek , jangan lah bazirkan duit gaji yang berbaki itu untuk benda benda yang kurang berfaedah. Lainlah kalau ada rezeki lebih contoh nya dapat duit BRIM ke , huhu .

Bukan bajet tapi kita kena harus fikir , dalam 100% duit gaji kita , 10% itu perlu disimpan untuk masa akan datang. Anda faham maksudnya? Kita tak tahu esok esok apa yang bakal menduga kita. Sakit pening kita? Anak anak? Jika ada Kecemasan? Hal penting dari keluarga dikampung? Ada 1001 kemungkinan yang secara normalnya sukar memang kita nak bayangkan. Semua orang tak suka sakit tapi apakah semua orang tak pernah sakit? Haaa itulah persoalannya.

🌹Kena buat macam macam kerja.

Dulu bujang bolehlah ,lepas balik kerja ,makan dan kadang tak mandi lagi dah masuk tidur. Hal lain ibubapa boleh tolong uruskan. Kadang adik beradik yang kena buat kerja lebih dari kita sebab mereka dah tahu perangai MALAS kita hehehe. Tapi bila dah nikah penat tak penat ,anda memang kena buat kerja kerja tu. Biasanya bila balik kerja dah petang , buka pintu jek kepala otak dah kena fikir ,nak makan apa malam ni? Haaa betul ke bohong ni? Kalau yang dah ada anak lagi mencabar ,bukak pintu jek ,anak dah buat perangai sebab nak lepaskan rindu yang seharian kena tinggal oleh parent mereka.

Masani anda sebagai ibubapa mereka kenalah tahan sabar 400% ! Haa kesabaran tahap maksima tu hehehe. Bila si ibu melayan karenah si anak , si ayah dah boleh lah masuk ke dapur untuk buat apa yang patut untuk makan malam nanti. Jangan pulak si ayah layan handfon , si ibu layan handfon , si anak merengek korang bedal dengan handfon !! Ibuayah low minded namanya tu . Huh ! Ingat ya! Anak anak itu amanah Allah . Jangan cari pasal.

🌹Kena urus kehendak pasangan yang macam macam.

Ini best ! Kehendak pasangan biasanya pelik pelik. Kekadang benda yang tidak dijangka dia akan minta. Masa tu anda cuma kena fikir , apakah permintaan itu logik atau tidak. Kalau yang tidak masuk dek akal atau diluar kemampuan anda , sila abaikan jek. Dan slowtalk kat dia ,cakap..

" syukurlah pada apa yang kita ada sekarang ni. Mungkin kat luar sana, ada yang lebih teruk dari kita. Kalaulah awak takda macam orang lain ada tu , awak masih boleh bersyukur sebab awak ada saya yang sayang awak sangat sangat. Sayang awak gila gila . Sayang awak yang macam dah nak mati dah ni . "

Hahahaha kalau ada ayat lagi sweet , anda karanglah sendiri ,maq tak pandai ,😂

Susahkan nak hidup berumahtangga? Lagi lagi zaman serba serbi barang mahal , duit asyik tak cukup jek. Pening kepala nak pusing duit ni. Nak berhutang tiap bulan pun tak boleh jugak. Nanti mati ,tak sempat bayar hutang, roh katanya berterbangan tak tenteram pulak.

Allah hu..akutttnyaaaa😭

Hello adik adik dan anak anak maq sekelian , anda fikir emakbapak anda tu kahwin terus hidup mewah?  Anda fikir Perdana Menteri tu tak pernah gaduh dengan isterinya pasal duit? (  eah , ni maq tujukan kat perdana menteri negara lainlah kan, bukan perdana menteri kita okey) hmm perdana menteri Afrika kot ,ntahlah Hahahaha . Ya semua orang akan ada masaalah kewangan dengan pasangan masing masing , termasuk jugak jutawan ! Sungguh maq tak tipu. Try cari kat google kisah jutawan masaalah duit dengan isterinya , ada tak?

So , tolong lah ,jangan anggap anda sekeluarga jek susah bila nak adjust duit,adjust pasangan,adjust rumahtangga, SEMUA orang hadapi masaalah yang serupa sebenarnya ,cuma mereka bijak tangani masaalah mereka dan mereka bijak simpan masaalah peribadi mereka dari diketahui umum. Antara usaha untuk tangani masaalah ialah dengan :

💙berjimat cermat,
💙jangan cerewet sangat,
💙jangan sibuk nak jadi orang lain ,
💙jangan boros !

Harap sesikit sebanyak boleh bantu anda yang baru nak bina empayar rumah tangga.

Apa ? Selalu gaduh kah ? Aduh , anda lihat datuk nenek anda yang dah nikah 40-50 tahun tu pun kadang kala gaduh jugak kan? Haa so apa lagi alasan korang untuk perbetul kan keadaan ??

Nota maq : okey nota ni nota nasihat , pelahan lahan ,perbaiki diri kita. Jangan kita nak pasangan kita jadi kita , susah ! Tapi kita sendiri kena jadi diri kita yang pasangan kita boleh tambah sayang dan kita sendiri akan jadi makin sayang kat diri kita sendiri.

Lagi satu ! Ingat , rezeki tiap orang yang sudah berkahwin ni Allah dah tambah tau , masa bujang mungkin 50% ,dah nikah mungkin 70% , dapat anak mungkin 89% dan bila patuh perintah Allah ,insha Allah 100% pulak ?haaa siapa boleh lawan kuasa Allah kan? Yang penting jangan lupakan nikmat nikmat yang DIA dah beri ,kemudian bersyukurlah. Cuma mungkin kehadiran rezeki tu jek,  antara cepat atau lambat anda nak dapat, so kenalah lebihkan usaha dan sabar . Fuh,panjang pulak nota nya , heeee..sorry 😁😁

Comments

Popular posts from this blog

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Sembang Pasal Haji

  Bismillah ,Alhamdulillah. Nak tau tak?Waktu maq buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Pahat 31/12/2024 lalu.Maq adalah bersembang dengan seorang "kakak"ni. Beliau yang bahasakan dirinya sebagai "akak". Tapi bila maq belek kad kesihatan beliau ,owh memang betul lah akak.Lahirnya pada tahun 1963.Okey fine ,akak is you. Akak tu tiba tiba boleh pulak masuk topik haji padahal kami hanya sembang pasal penyakit masing masing je sebelum tu. Katanya, Akak dah pergi haji pada tahun 2023 yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa disana.Biarpun akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masyaallah ye ke kak? BMI akak lepas ye ?Akak daftar haji tahun bila? ikut PJH ke muassasah? (Maq kalau buat soalan memang rajin hahaha) Akak tu senyum sebelum jawab soalan soalan maq.Agaknya part BMI tu kot.iishh mulut ni pun ,cepat sangat buat soalan. Ye alhamdulillah,BMI akak lepas. Buat medical check up dekat KKBP dan cucuk vaksin kat klinik swasta. Ha ah,akak ik...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Melepaskan rindu Bersama Ainul Mardhiah

Assalamualaikum.  Bila lama dah tak jumpa,  rindu tiba tiba datang tanpa diundang. Bila diri ini dipelawa keluar bersama, hati terus beria ria nak keluar. Tak sampai 20 minit semua dah siap! Hehe seronoknya  jalan dimusim pkp, tak perlu nak touch up muka berlebihan, biasa biasa sudah .  Sejak kebelakangan ni jarang dah dapat keluar date dengan kesayangan ni. Maklom dah berjauhan. Masa pun terbatas. Masing masing sibuk dengan komitmen masing masing. Kena banyakkan sabar. Tak nak bebel lebih lebih lah,  bawah ni  antara kenangan bersama cucu melepaskan rindu dalam kereta. What? Dalam kereta je?  Melepaskan rindu??  Hmm jadilah..  Budak jenis tak reti diam ni, lebih 10 hari dah tak jumpa tok mak. Bila dah jumpa macam macam aksi dibuatnya. Ainul Mardhiah dah pandai berinteraksi dengan baik sekarang ni. Berangan pun boleh tahan.  Macam perangai tok mak dia kecik kecik, maklom dua dua anak sulunglah katakan.. Kemana tumpahnya kari kalau tak ke...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Gadget Baru

Assalamualaikum.  Sejak doktor dah sah kan bahawa maq ada  masalah tekanan arah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT. Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat.  Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah,  pemotong ubat alat tekanan darah Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah.  Yang menghairankan,sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 !  Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78. Selebihnya seperti biasa, 127/80-122/79-120/72  Persoalannya kenapa dekat klinik kesihatan haritu bp maq tinggi mendadak???  Bila maq tonton di youtube.Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya.  - awal pagi dapat bacaan t...