Sakit yang sakit



Assalamualaikum.
Hari ini masuklah hari ke 3 maq kena makan ubat. Ada dua jenis ubat , satu ,ubat lembut urat dan kedua ubat tahan sakit. Kedua nya ditemani dengan krim panas. Semua ubat yang disenaraikan itu merupakan ubat apabila otot pinggang  cedera. Kata doktor otot akan membengkak akibat diurut ketika ianya sedang sakit. Okey ,semua ini silap maq.


Pada hari pertama maq sakit pinggang ,maq masih boleh aktif lagi. Semua aktiviti rumah tangga dan mengasuh maq masih mampu buat. Sehinggalah pada :

hari Jumaat (15/9/2017) pinggang maq dah mula rasa ketat. Nak pusing kiri sakit,bongkok sakit,pusing kanan pun sakit, berdiri jek selesa tapi sampai bila maq nak berdiri? Untuk melegakan sakit maq tampal ni. Lihat gambar bawah.


Tapi pada hari sabtu (16/9/2017) maq dah mula rasa pedih pedih dipinggang , seperti ada sesuatu yang dah melekat kat pinggang sehinggakan maq terpaksa cari tukang urut datang kerumah.

Ya , hari itu jugak ! Petang sabtu tu jugaklah maq pun diurut satu badan termasuklah "pinggang yang ototnya sedang sakit tu" . Masa tukang urut ,ngurut part lain , fuh , lega rasanya sebab dah lama tak kena belai badan usang ni tapi apabila kena bahagian pinggang , dengan tekanan jari tukang urut tu yang memang power , maq dah mula rasa tak selesa. Sakit macam nak arwah ! Tapi maq kena tahan sebab kononnya nak baik kan . Selepas dua jam kena bedal dengan tukang urut ,bahagian badan lain dah rasa sedap , tapi bahagian pinggang masih pedih pedih.

Lepas solat isyak ,maq dah mula nak demam ,masa sujud dalam solat isyak tu pun ,maq dah kena tahan sakit sampai mengigil badan ni kesakitan. Okey ,jalan mudah maq terus tidur sampai kesubuh.

Pagi tu ( 17/9/2017) maq solat subuh dalam kesakitan . Masih mengigil untuk tahan kesakitan. Nasiblah cuma dua rakaat. Lepas solat maq dan kemas rumah sesikit , maq dah mula rasa makin tak selesa , terus maq mandi dan tidur semula . Sungguh ! Bila kena air paip yang sejuk , maq dah rasa sakit sangat sangat. Dan sambil tahan sakit ,maq pejam mata dan termenangis kat dalam bilik sampailah maq terlelap. Bila sedar dah pukul 1.30 tengahari? Mana encik suami? Huhu dia ada didapur sambil cuci baju dan masak tengahari. Beliau tak tahu yang maq sedang menahan sakit yang memang sakit ya ampun . Encik suami tahu isteri dia seorang yang kebal kot heeee..

Bila nak solat zuhor , pertama kali maq terpaksa solat guna kerusi. Untuk sujud sahaja. Untuk lain lain maq masih mampu lakukan so tak perlukah kerusi ,yakan?

Lepas tu mulalah cari encik suami ( ni dah tak tahan sakit lah ni ) hehe acah nak jadi wonder woman kan ,haaa ,akhirnya mengaku kalah dengan hero misai tu huhu.

" bang , klinik buka tak harini? Yok kita pergi check up "

Alright ,bila heroin dah buka mulut ,hero terus cari kad klinik Al iwani .

" ha ah , ahad bukak sampai pukul 6petang, nak pergi ?" yes ! My hero dah ajak dah tu.

"Kejap , siap siap jap" balas maq pelahan.

Sambil jeling kat menu atas meja makan , Waallah hu a'lam , dia masak apatah untuk makan tengahari anak bongsunya itu. Encik suami memang tak rajin didapur untuk masak masak sebab beliau suka mengemas. Okey stop gossip pasal hero misai maq tu ya.

Sampai di klinik ,alhamdulillah , Doktor Fadzilah dah ada dalam biliknya dan maq pesakit pertama beliau petang tu.

"ya Puan , awak sakit apa? Kenapa?" suara doktor yang mesra dah jadi antara penawar bagi maq masa tu.

" nilah doktor , badan dah masuk 48tahun ni , tetiba meragam pulak. Makin hari makin teruk ragamnya, pinggang saya problem lah doktor" huhu berselindung dibalik kata kata nampaknya maq.

Doktor ketuk  bahagian tulang belikat guna jari , " sakit tak?"

Maq geleng kepala.

Doktor ketuk bahagian punggung pulak guna jari, "sakit tak?"

Maq geleng kepala jugak.

"kaki ada kebas²?"

Maq geleng kepala.

"Okey ,kalau masaalah tulang belakang , ia boleh beri kesan kat kaki , kaki ada rasa kebas kebas. So ,masaalah puan sekarang ni sebenarnya otot yang sakit. Ada angkat apa apa ke sebelum sebelum ni?"  soalan doktor bercampur info untuk maq.

"beberapa hari lepas sakit sikit jek , tapi saya panggil orang suruh urut semalam ,kesannya harini makin teruk lah doktor , sebab tu saya kemari ,heee " maq try buat muka tak malu depan doktor hehehe

" ya , otot yang membengkak tak elok diurut. Puan biasa ke diurut oleh tukang urut semalam tu?"

" hmm firstime doktor , huhu memang power dia urut , nak tercabut badan yang ala ala snow white saya ni " kehkeh poyo jek maq . Yang sebetulnya badan banyak lemak memang mengada ,hahaha.

" okey ,kalau macam tu , saya bagi injection ! " kata doktor sambil pergi ke rak rak ubatan beliau.

"ha? Cucuk kah ? Allah huu ,tapi saya tak boleh baring tau doktor , nanti nak bangun susah ,haa " hahaha ini hanya alasan maq.

" oh takpa , sambil duduk pun saya boleh bagi"kata doktor sambil senyum. Alamak , dia tahu ke maq takut jarum?

*merecik peluh makcik masani uii..

Hmm Okeylah , sambil selak jubah , akhirnya sis pasrah ,😂😂

Uii..akit tau haaa ..nak nangis jek rasa tapi malu lah pulak kalau hero tahu adeh ..

" okey siap dah. Sambil doktor gosok gosok bekas kena jarum tadi. Nanti tunggu luar , ambil 3jenis ubat tu ya. Mudah mudahan cepat sembuh , esok puan dah nak mulakan kerja kan? Nanti baby berlari puan tak dapat nak kejar pulak, hehe "

Eah eah doktor gelakkan maq ? Aduhai dah lah sakit kena cucuk , kena gelakkan lagi.

Sabar maq sabarrrr ..

" bang ,lapar .." tu ayat maq selepas keluar dari klinik. Baru maq ingat , sejak malam semalam maq tak makan apa apa . Aduhhai .. Jom kita makan mee bandung kat gerai rakyat .

Yes , aaaaajom !


Encik suami tak suka orang ambil gambar muka dia ,okey ,kita ambil nama dia jek kat baju tu , huhu sakit sakit pun degil lagi maq kan? Masani tengah tunggu mee bandung sampai*

Nota maq : kalau otot sakit ,baik check doktor dulu , jangan diurut dulu sebab mungkin ada sakit lain didalam tu ,bukan jek sakit otot atau salah urat. Kejadian atas ni sebenarnya dah dua kali maq kena ,tapi sebab degil ,maq urut dulu lepas sakit sangat baru jumpa doktor ,haaa nilah akibatnya. Kata akhir dari maq " semoga sakit ini dapat menghapuskan sedikit dosa dosa lalu maq. Aamiin..

Terima kasih Allah.

Popular Posts