Hargai peluang yang ada


Assalamualaikum.

Harini Jumaat , harini maq ponteng kelas fardhu ain sebab takda kawan nak buat teman jalan kaki ke kelas muslimah Bukit Perdana tu. Walaupun perjalanan yang ambil masa 10/12 minit tu pun  rasanya merbahaya jika jalan sorang sorang ,manalah tahu ada penculik ,kesian maq nanti. Dan tua bangka kena culik , hee perasan jek ,entah entah van pun tak muat nak sumbatkan maq dalamnya , almaklum king size katakan ya ,😂.

Harini yok sembang pasal hargai peluang. Kalini peluang yang layak dihargai oleh orang perempuan ialah bila dia dah menjadi isteri orang tetapi dia masih dibenarkan berkerja diluar dan bercampur dengan ramai orang. Seronoknya !

Ya , anda layak bersyukur. Jika suami anda beri anda banyak peluang. Kalau isteri orang lain hanya terperap dalam rumah jaga anak keliling pinggang, tapi anda dibenarkan meninggalkan anak demi aktiviti kegemaran anda. Tak semua orang perempuan dapat peluang seperti itu.

Ada sesetengah isteri,balik kerja terus cari anak , layan karenah anak anak yang macam macam. Kena masak ,kena bantu anak siapkan kerja sekolah, cuci baju ,kemas rumah , kena itu ,kena ini ,padahal kat tempat kerja kepala dah serabut penuh dah tu. Kalau kena keadaan macamni memang tak berlemaklah badan ,hehe letih tu..

Ada sesetengah , mereka tak memasak . Tapi balik kerja terus jek pergi beli makanan , itu pun dah cukup baginya sebab anak anak masih kecil yang perlukan perhatian 100% memang tak cukup tangan nak ke dapur , tapi melayan anak kecil dua tiga orang pun dah boleh buat badan sama letih macam memasak. Kesiankan...

Dan jika anda seorang isteri yang boleh pergi shopping ,boleh pergi makan makan dengan kawan kawan lepas waktu kerja , boleh havoc pada tiapkali hari cuti .  Hargai dunia anda kerana itulah peluang yang ramai para isteri di Malaysia idam idamkan. Tahniah.

Nota maq : Anak dan isteri adalah amanah Allah. Isteri keluar kerja bantu suami . Isteri sihat, suami bahagia. Apa keadaan sekali pun,utamakan keselamatan kerana rumahtangga yang bahagia bukan pada isteri dan suami yang bahagia tetapi juga pada anak anak yang senantiasa terjaga keselamatannya. Ingat ,jangan keterlaluan mengejar hobi,menyesal dulu takpa ,menyesal kemudian tak berguna. 24 tahun maq duduk rumah sedangkan maq layak bekerja sebab apa? Sebab anak anak . Pada maq mereka tiada boleh ditukar ganti.


" love your kids"


Popular Posts