Skip to main content

Sejarah Sri Medan



Assalamualaikum

Harini maq nak kongsi sejarah kampung kampung yang terdapat didaerah Batu Pahat ini.

Untuk pertama kalinya perkongsian ini berunsur sejarah tulin negeri. Semua yang maq kongsi ini juga maq perolehi dari laman facebook . Kiranya maq hanya copy and paste aja lah ya.

Tujuan perkongsian : supaya orang Batu Pahat kenal asal usul diri dan dapat mengetahui sejarah kawasan tempat tinggal sendiri.

Kampung pertama maq nak kongsi ialah : kampung Sri Medan ,Batu Pahat.




        SRI MEDAN , BATU PAHAT

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik telah banyak mengalami perubahan pembangunan. 


Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramonia merupakan nama asal bagi Sri Medan, nama ini diubah semasa pemerintahan Jepun di Malaya.


Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof.


Sri Medan merupakan nama tempat asal Haji Yusof yang berasal dari Indonesia, dan Medan pula merupakan tempat yang berkelompok besar.


Nama Medan juga diambil bersempena pengumpulan warga-warga buruh yang bekerja di lombong bijih besi yang diusahakan oleh Pihak Jepun. Buruh-buruh ini terdiri dari kaum Melayu, India, Cina dan warga lain.



Pada zaman pelombongan besi di Sri Medan di anggarkan seramai 15,000 orang pekerja dari warga Melayu, India, Cina dan Indonesia yang bekerja pada zaman tentera British.


Pada tahun 1918 lombong besi diteroka oleh syarikat Jepun. Syarikat Jepun yang meneroka lombong besi ini bernama 'Nippon Kanji Kaisa ' atau dengan nama singkatannya ' NKK '. Pada tahun 1941 operasi lombong di Sri Medan telah ditamatkan, dan pada tahun 1942 ia telah dibuka semula sehingga 1945.



Pada sekitar tahun 60 an Sri Medan ini sering di landa banjir dalam tempoh yang panjang. Ini kerana kedudukan geografinya dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang melanda banjir di Sri Medan melalui dari Chaah dan Bekuk. Air banjir dari Sri Medan akan melanda Parit Sulong dan seterusnya akan mengalir terus ke Sungai Simpang Kiri (cabang Sg Batu Pahat).


Penduduk Sri Medan perlu menempuh banjir yang panjang dan kadangkala berbulan-bulan lamanya sehingga air itu akan mengalir ke sungai atau meresap ke bumi. Ini menyebabkan beribu ekar kebun atau tanaman yang rosak dan musnah.


Pada tahun 1985 kerajaan Johor telah mengeluarkan peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Sri Medan..


Nota maq : orang sekarang selalu lupa sejarah hidup mereka. Bahaya tu..

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 ...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم  Ù±Ù„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...