Skip to main content

Buat muka

Assalamualaikum

Selamat bercuti. Selamat hari pekerja buat semua pekerja di seantero dunia. Tanpa anda, takkan ada matlamat ekonomi sesebuah negara.

Fuh ayat tak mahu kalah tu. Huhhu

Tapikan sebagai dugaan , makin rajin kita bekerja ,makin mahal pulak harga barangannya. Berbelanjalah berdasar kan keperluan. Jadilah pengguna yang berkerja yang bijak!

Harini maq nak ajak sembang pasal orang lelaki . Orang lelaki yang dah masuk usia lewat 40 an , mereka ni memang susah nak diajak berselfie.Kenapa ya? Malu ? Atau tak mahu nampak "gelemer" ke apa ya? Adeh..

Contoh tak jauh. Yang disisi maq je ni ha ( encik suami ) Bila maq ajak selfie , macam macam muka dia buat. Tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni ,aduhai ..kejam tau hahaha





Gaya tu maq rasa kalau baby buat comel la kot . Letih lah maq dok tersenyum tersengih depan screen handphone , spoil je bila dia buat muka . Nak nangis je rasa hahaha.


Nota maq : Cuba lah posing macam gambar atas ni , sumpah sayang tak curang , hahaha.. Yang sebenarnya rupa apa sekali pun beliau buat bila kami bergambar, maq tetap sayang beliau sama macam maq sayang masa kami mula feel in love pada tahun 1989 dulu .Huhhu , tak pernah tak sayang tau! Beliau lah syurga maq 😍

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar disni ramai dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat mel...

Encik Suami Sudah

 Assalamualaikum. Akhirnya... Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON! Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.  -bawa ballpen -bawa fon -bawa air masak Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan. Sempat selfie .. Semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap  vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya.. Inshaallah..,🤲 Encik suami sudah , maq bila? Hahha  maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕  Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂 Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ... 

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Kenapa Pilih Amway?

Assalamualaikum.  Selepas  3 tahun jadi surirumah fulltime,  tetiba maq pilih perniagaan online sebagai usaha tambah pendapatan maq. Dan kenapa maq pilih produk  Amway  sebagai item untuk dijual? Bawah ni ada jawapannya. Tapi ini adalah apa yang "team kami" jelaskan, bukan penjelasan maq sorang ye.  MENGAPA SAYA MEMILIH AMWAY. Bagi mereka yang menolak Amway tanpa usul periksa, bagi mereka yang mengatakan Amway itu, Amway ini dan bagi mereka yang memberikan seribu satu alasan, sila baca apa yang ingin saya tuliskan di sini. Anda akan mendapat gambaran sepintas lalu apa yang ada dengan Amway!! Anda hebat sekiranya dapat menghabiskan tulisan saya ini. Jom kita terjah!! SYARIKAT Amway merupakan satu syarikat jualan langsung yang terkemuka di dunia yang telah bertapak sejak tahun 1959 melalui Pengasas Bersama Rich deVos dan Jay Van Andell. Amway mula membuka pasaran di Malaysia sejak tahun 1976 dan sekarang telah bertahan di Malaysia lebih dari 40 tahun. Satu sy...

Poligami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ TANYALAH USTAZ TV3 (Da'i Hilman&Ustaz Jafri Abu Bakar) *MUNAKAHAT* *POLIGAMI* •••••••••••••••••• Ya Allah berikan kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg baik dan amalan yang diterima. Ada yg suka dan ada yg tak suka dgn tajuk ini. Tajuk ini sesuatu yg dibenarkan pada syarak. Poligami ialah perkahwinan yg banyak.  Poligami lawan kepada mologami (kahwin seorang) KAHWIN CERAI DAN KAHWIN CERAI ITU BUKAN POLIGAMI. Jika tak mampu cukup hanya berkahwin seorang supaya tak buat aniaya. POLIGAMI BUKAN TAK BAIK MALAHAN ADA POLIGAMI YG BAIK. Ada org yg pandang negatif poligami.Pada zaman jahiliah ada sahabat yg mempunyai 10 isteri dan ada yg 8 isteri. Islam datang dan menghadkan 4 isteri.Saidina Umar ada 9 isteri (berkahwin dan bercerai) Sahabat dan para Nabi juga mengamalkan poligami. Pengamalan poligami adala...

Berehatlah sebelum direhatkan

Assalamualaikum. Maq dapat kata pesanan dari seorang bekas sahabat sekolah yang juga merupakan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau kata : " kalau rakyat malas nak ambil kesedaran umum pasal virus Covid19 ni, tak mustahil Malaysia akan berada ditangga teratas dalam list pesakit wabak Covid19  " Beliau juga suruh kami ( kawan kawan sekolah)  jaga kesihatan sebab semakin hari keadaan semakin meruncing.  Semua asbab sikap orang ramai yang tak ambil peduli tentang bahaya Covid19 ini. Bila keadaan dah semakin buruk,  kesannya bersangkut paut dengan ramai orang dalam banyak sektor.Bukan je Kakitangan Kementerian Kesihatan yang letih dan tergugat,  tapi sektor perniagaan,  pendidikan,  urusan disemua tempat awam, semua  tempat ibadah, perhimpunan dan aktiviti  luar banyak yang sudah dibatalkan  dan paling membimbangkan risiko pada masyarakat keliling ialah " perintah berkurung" . Masa ni baru kita tahu langit tu t...

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang. ...

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Hadiah Ramadhan 1446

  Bismillah, Harini dah 14 Ramadhan 1446.Dah 2 hari blog krik krik.Mesti korang ingat maq pergi berperangkan? Lepas update pasal perang dunia tetiba blog senyap. Pergi perang ke apa orangtua ni? Hahahaha ngarut je Padahal maq sedang berperang dengan nafsu sendiri.Diam tak diam dah 14 hari kita berpuasa.Bulan puasa ni banyak sangat ujiannya. Ada orang cakap , kalau takda ujian macamana kita nak dapat pahala bersabar. ha ah betul juga kan? Kata ustaz, syaitonirojim memang kena ikat dibulan puasa tapi yang buat kita jadi "nakal" di bulan puasa ni ialah nafsu kita sendiri.Haaa tulah puncanya ramai orang masih berbuat dosa di bulan yang mulia ini. Kesian mahlok Allah yang satu tu ,asik asik dia je yang jadi mangsa keadaan ,dahlah kena ikat,namanya pulak yang disebut sebut,yang disalahkan. Ayat paling kerap diguna, "Semua sebab hasutan syaiton.." syaitan : " wei jahat sangat ke aku ni ,korang yang buat maksiat tapi nama aku jugak korang petik.." Memang letih mik...