Assalamua'laikum..
Alhamdulillah idea untuk berkongsi masih ada. Maq hanya kongsi pada apa yang maq alami dan yang pada apa yang maq tahu. Yang tak tahu dan yang tak ada mengalami ,macamana nak berkongsi ye tak ? Apa pun katakan tidak untuk berkongsi suami ! Ha ..kejam 😂
Pernah satu hari tu , tekak ni nak sangat makan nasi lemak homemade by handmade. "Amboi..speaking london ". Tapi sedihnya takda orang yang nak keluar belikan santan kelapa . Tekak dah membuak buak nak makan nasi lemak. Kalah orang yang mengidam ngandung anak sulong .
Apa maq buat ?
Maq jerang nasi seperti biasa dalam ricecooker. Kemudian dalam periuk nasi yang sama tu juga , maq masukan 1 sudu makan minyak masak untuk 1 sukatan beras , kalau 3 sukatan bermakna 3 sudu minyak masak lah ya. Bubuh garam sesedap rasa . Potong potong kan halia yang beranggaran 1 jari tu halus halus . Okey siap dan switch ON !
Kemudian maq rebus beberapa biji telur ayam !
Sediakan pulak 2 senduk besar lada kisar.
*Kupas bawang merah 3 ulas ,
*Kupas bawang putih 3 ulas ,
*Basuh bersih segenggam ikan bilis.
Dan tumbuk ketiga tiga bahan bertanda* atas tu . Ikan bilis tak perlu tumbuk lumat sangat. Apa tu lumat ? Lumat itu bermaksud HANCUR.
Panaskan 3 sudu minyak masak dalam kuali , tumis bahan yang sudah ditumbuk tu sampai garing sedikit ,masukkan lada kisar dan dikacau. Bila dah agak matang bahan tadi tu , tambahkan perisa , garam dan gula . Biarkan sampai rasanya sebati. Bila keluar dah minyak atas sambal , bermakna sambal ikan bilis sudah siap !
Kalau anda nak tahu ,maq kalau masak sambal tumis ikan bilis, maq tak letak pun air asam jawa tapi maq akan lebihkan rasa manis . Er.. inilah sambal kegemaran encik suami , tak mahu ada rasa masam tapi nak ada rasa manis lebih sikit . Okey ,maq masak atas permintaan.
Tengok nasi dalam ricecooker tu , kalau air dah kering , kacau balik balikan ,bagi semua rasa sekata . Baunya mesti serumah !! Kan ? Pastikan nasinya masak sampai betul betul jadi nasi .
Okey dah boleh angkat telur yang direbus tadi , kemudian rendam dalam air paip ! Siap .
Nasi ? Done !
Sambal ikan bilis ? Done !
Telur rebus ? Done !
Kacang tanah goreng ? Timun ? Tak payah ! Sebab masak mana yang ada dalam stock je .
Ok , nama nasi lemak ini , nasi lemak "cintaku bukan diatas kertas" ,
Done !! 😅
Comments
Post a Comment