Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2025

Solat Pengubat Jiwa

  Doa ketika hujan lebat** Bismillah, Solat itu Pengubat Jiwa dan Penenang Hati Dalam perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, seringkali kita merasa lelah dan kehilangan arah. Di saat-saat sebegini, solat menjadi pelabuhan tenang yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan segala resah. Sujud dan berceritalah kepada Allah, curahkan segala isi hati agar dapat merasakan ketenangan yang abadi. 🗨️ Solat sebagai Terapi Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi ia adalah terapi jiwa yang terbaik. Dalam setiap sujud, kita menghampirkan diri kepada Sang Pencipta, merendahkan hati dan mengakui kelemahan diri. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah: “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah, 2:45) Melalui solat, kita memohon kekuatan dan petunjuk dari Allah, merasakan kasih sayang-Nya yang tidak bertepi. Solat menjadi medium untuk kita berbicara den...

Ramadhan 1446H

  kata kata Nasihat** Bismillah, Alhamdulillah, hari ini masuk Ramadhan ke 2 bagi umat islam di Malaysia. Apa cerita Maq pada Ramadhan 1446H? Seperti tahun tahun sebelum,kami tetap kekalkan tradisi masak sendiri.Makan sahur,makan berbuka pastikan sendiri punya air tangan.Sedap ke tak ? Itu letak tepi yang penting ada juadah untuk dimakan. Kami takda bajet untuk belanja di bazar Ramadhan.Sebab encik suami kata dia dah boikot bazar Ramadhan.Alamak! Punca? Hanya beliau je yang tahu.Kalau maq tak silap lebih 10 tahun dah beliau tak ke bazar Ramadhan. Tahun ni juga ,kami akan pastikan solat terawih jangan diabaikan.Seperti juga tahun tahun sebelum .Dan syarat Encik suami , beliau solat diMasjid ,Maq dan Aida solat dirumah. Jujur cakap,maq tak pernah berpeluang solat terawih di masjid atau disurau. Encik suami kata "pilih yang lebih afdal"  Inshaallah, maq follow je mana yang baik di pihak encik suami.Tapi kadang kadang tu teringin jugak nak solat di masjid reramai... Aktiviti bert...

Cara Mengurus Harta Si Mati

  kata kata nasihat** Bismillah, Harta si mati hendaklah dimanfaatkan mengikut susunan keutamaan ini seperti yang digariskan syarak: 1-Harta yang dipegang sebagai amanah sekalipun diletakkan atas nama si mati, hendaklah dipulangkan kepada yang berhak, dan tidak boleh dimasukkan dalam senarai harta untuk difaraidkan. 2-Harta si mati boleh digunakan untuk menanggung kos pengebumian yang tidak keterlaluan. Sekiranya ada ahli waris yang telah menanggung kos ini terlebih dahulu, bolehlah menuntut kembali dari harta si mati sebagai hutang, sebelum harta-harta tersebut difaraidkan. 3-Hutang-piutang si mati wajib diselesaikan terlebih dahulu. Hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.Oleh yang demikian, sebelum sesuatu harta itu difaraidkan, hendaklah hutang si mati dilangsaikan sepenuhnya. Haram sekiranya mengambil harta si mati sedangkan ahli waris mengetahui ada hutang yang masih tertunggak, melainkan si pemberi hutang secara nyata telah menghalalkannya. Maka selesaikanlah ...

10 Hal Wanita Perlu Jaga

  kata kata nasihat** SEORANG WANITA PERLU MENJAGA 10 HAL INI  DALAM RUMAH TANGGA : • 1. Jaga rahsia suami.Ada isteri tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini menanam dosa dalam diri. • 2. Jaga sifat malu dalam diri.Tebalnya sifat ini dalam diri mengangkatkan lagi martabat dan maruah bagi kaum hawa. • 3. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan kabar yang gembira dahulu dan kurangkan cerita-cerita yang tidak enak untuknya. • 4. Jaga diri dengan kerapkan membaca Al-Quran dan terjemahannya.Isteri selalunya kuat ‘overthinking’ dan bila dah rasa begitu, mulalah ada yang ‘membisik’ dan menambah api kemarahan. • 5. Jaga diri dengan perbanyakkan solat taubat sebelum terlambat. Mohon maaf dengan suami setiap masa kerana biasanya suami meninggalkan dunia terlebih dahulu berbanding isteri. • 6. Fahami kesan marah.Seri muka hilang, mudah sakit jantung, darah tinggi, se...

Tanda Tanda Sakaratul Maut

  kata kata nasihat** PROGRAM :TANYALAH USTAZ TV3 (Da'i Annas&Ustaz Nik Ahmad Farhan) Tajuk : TASAWUF-SAKARATUL MAUT Bismillah, Mati itu pasti datang walaupun kamu berada dibenteng yang kukuh. Bila dan bagaimana cara kematian hanya Allah yang maha mengetahui. Hari ini kita berkongsi ilmu saat yang wajib dihadapi itulah sakaratul maut. Dan ingatlah tatkala seseorang itu dalam keadaan nyawa berada dikerongkong,pada keadaan itu bertimpa timpa sakaratul maut dan pada Tuhannya dia dikembalikan untuk dihitung amal. Sakaratul maut ialah kesakitan tatkala nyawa nak berpisah. 🗨️KENAPA MANUSIA TAKUT SAKARATUL MAUT DAN APAKAH ADA PERBEZAAN SAKARATUL MAUT ORANG YANG BERIMAN DGN ORANG YANG TAK BERIMAN? Keadaan orang beriman,orang kafir,munafik yang menjauhkan diri dari Allah kesakitannya sangat berbeza. Orang beriman pergi dalam keadaan penuh kelembutan seperti turunnya air embun. Ditarik dengan ketenangan. Malaikat berkata dipersilakan masuk dalam syurga diatas a...