Bismillah, Bila cuti tahun baru cina berakhir,baru maq sedar bahawa dari 28hb Januari - 2hb Feb maq hanya berada disisi encik suami, ibu,mak uteh dan adik adik maq sahaja. 28 & 29hb Januari ,maq habiskan masa bersembang dan melayan ibu.Pada hari Selasa tu ibu datang rumah kami dan Mak uteh yang hantarkan .Ibu luangkan masa dirumah kami ini selama 3hari 2malam.Banyak cerita yang kami kongsi bersama. Melepaskan rindu lah katakan. Anak anak maq pula semua keluar bercuti termasuk Aida.Masing masing habiskan cuti CNY diluar negeri Johor. Angah & Aida 3hari 2malam ke Melaka kemudian sambung pula bercuti 2hari 1malam ke Desaru. Along sekeluarga pula , 2hari 1malam di Post Dickson ,kemudian ke Johor Baharu kemudian 2hari 1malam ke Mersing pula. Masing masing bercuti sakan. Tapi Maq kemana pulak? 30hb Januari 2025 Maq balik kampung,tolong encik suami kemas halaman rumah ibu dikampung yang semakin hari semakin uzur dimakan usia. 31hb Januari kami ke pejabat ASNB pula untuk ur...
Blog Peribadi Maq