Cerita Raya ke 17 - 2022

 

Assalamualaikum.

Shawal dah hari ke 17, kuih raya maq dah nak habis hahaha.Terpaling tak sangka.Sejak kami berumah tangga hampir 29 tahun ,ini pertama kali kuih raya habis awal.


Selalunya setiap tahun, letih mulut maq nak kunyah kuih "belen". Kadang tu peketnya pun tak dibuka lagi ,pernah juga jejak hingga ke raya haji ,ko !


Masyaallah,banyak sangat kejutan raya tahun ini.


Serius talk ,ini je bakinya ..Allahhu tuan rumah pun sama naik makan kuih .Nikmat apa lagi yang mahu kau dustai..benda dah depan mata katakan,layan...

Nampaknya  esok kenalah buat kuih lagi ,sebab hari Jumaat nanti ada aktiviti marhaban di lorong rumah maq. 


Tak sampai hati jiran jiran datang meja kosong. Walaupun kami ada buat 'potlock ' tapi untuk jiran jiran yang masuk ke rumah ,takkan tak nak dijamu sepotong dua kuih,kan?


Makanya maq dah planning dah untuk tetamu Jumaat nanti*


goreng mee siput✅

buat kek marble 2 buku✅

buat biskut susu 1 adunan✅

goreng beehoon ( untuk potluck )✅


Pagi tadi sempat ke pasar awam Batu Pahat  untuk beli semua bahan bahan memasak.

Doakan maq semoga urusan maq  dipermudahkan**


yey Raya ! Raya ! Raya !





Kenangan beraya tempohari**

Comments

  1. Bestnya kak... rindu betul nak rasa nikmat meriahnya beraya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Dana,Rezeki raya akak tahun ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026