Kena Covid19 Atau Demam Biasa?
Assalamualaikum.
Beberapa hari selepas PRN Johor pada 12 Mac haritu ,maq ,encik suami & anak bongsu diuji dengan demam & selsema.
Mula tu niat nak beli test kit covid19 tapi bila fikir balik , kami bukan ada nak keluar kemana pun ,jadinya maq pilih untuk kendiri dalam rumah selama 8 hari je. Pesan kat ahli keluarga lain ,jangan balik kerumah kami buat masa tu,kami sedang jalankan kendiri.
Dan mereka akur.
Maq positif ke?Ntahlah tapi demam kalini lain dari demam biasa.
Mula² tu tekak rasa perit ,macam ada something yang tersangkut antara kerongkong & hidung. Hembus hembus tak keluar apa pun.Tapi rasa sangat tidak selesa.
Lepas tu badan mula rasa dedo,maq makan panadol jelah sebagai ubat. Kemudian ok, pastu bila petang dedo semula bila pagi ,ok semula. Tapi demam dia taklah sampai tahap demam panas.Cuma dedo biasa.
Masuk hari ke 2,petang tu masa nak mandi maq dah gigil sakan.Satu badan rasa bisa.Nafas pun berat . Mandi cepat cepat dan pakai sweater. Minum air banyak² & makan panadol.
Sepanjang malam asik nak ke toilet, buang air kecil berkali kali.Nafas dah mula rasa semakin berat.Tapi maq masih rasa stabil lagi .Setiap jam check level oksigen guna Oximeter dan check tekanan darah jugak.
Hari ke 3 , kami minum air kelapa + lemon + garam sebab penafasan dah mula tak stabil.Tapi maq tak buat pun swab test.Maq try nak handle dengan cara tersendiri .
Makan kurma + panadol + ubat batuk ibu dan anak + vitamin C ( bio c plus Nutrilite )
Sepanjang 3 haritu ,maq ambil 2 biji Bio C plus setiapkali selepas makan.Usaha ni untuk stabilkan sistem inum badan.Air masak jangan cakaplah berbotol botol masuk perut.
Satu je maq pelik, walaupun selsema , demam & sedikit batuk ,selera makan memang super duper .Semua benda boleh masuk mulut,semua makanan rasa sedap.Allahhu Allah sayang kat hambaNya ni.
Kemudian ,anak menantu cadangkan kami makan pil paling power musim Covid ni.Beli kat farmasi .Encik suami makan 3 biji (8 jam sekali makan )Maq ambil sebiji jek lepastu tak makan pun lagi. Apa jadi lepas tu??
Alhamdulillah..hari ke 4 kami dah selesa bernafas.Demam pun kebah.Batuk jelah sekali sekala.Patutlah menantu maq cakap pil power.Yes ,memang power.
Dengan izin Allah pada hari ke 5 ,kami dah sembuh.Tapi disebabkan kedegilan ,kami masih tak buat swab hinggalah hari ke 8.
Syukur ,akhirnya semua kembali sihat seperti sedia kala.Thanks Allah..semua dengan izinMU.
Persoalannya ,maq kena covid ke ?
Me : ntahlah ...
Cuma maq nak share pendapat sikitlah . Dalam peralihan fasa endemik ni, bila kita demam ke,selsema ke dan kita takda pun rekod sebagai pesakit asma atau takda apa apa penyakit lain berrisiko ,adalah lebih baik asingkan diri kita dari semua orang untuk beberapa hari. Cara tu lebih baik dari penyakit kita nanti merebak kat orang keliling.Sebabnya kekebalan tubuh badan manusia itu berbeza beza. Dibimbangi ada orang yang sistem daya tahan badan dia berkeadaan " lemah " ,ini berisiko tinggi untuk dijangkiti.