Taman Syurga Anaknda

 

Assalamualaikum.

Rindu paling sakit adalah rindu pada orang yang dah tak ada..

Jumaat pertama bulan ramadhan minggu lalu,ibu Adam ada berkongsi satu gambar diwhatsapp.


Taman syurga anaknda.

Ye, rumput rumput sudah tumbuh subur  melata diatas pusara arwah Adam Danish. Sebagai seorang ibu yang melahirkan , setiap masa beliau nakkan yang terindah buat anak anaknya walaupun anaknya itu telah berada dialam yang lain. Semua ibu akan  rasa begitu.

Dan sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat ,ibu Adam sering juga berkongsi apa jua aktiviti beliau dipusara Adam. Alhamdulillah ,biarpun maq duduk jauh , paling tidak dapatlah lihat perkembangan terkini disana. 

Anak syurga...tenanglah awak ditaman syurga,disamping para solihin.Rezeki awak ,dapat pergi terlebih dahulu dari kami.Nanti sampai waktu ,kami pun bakal menyusul. InshaAllah...





Ya Allah...
Dengan keberkataan bulan Ramadhan kali ini , aku bermohon kepadaMU, KAU bebaskan aku dan ahli keluargaku dari api neraka ,dan KAU bebaskan umat Muhammad dari api neraka.

Aamiin Yaa Robbal Aalamiin . 
.


Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

Nasihat Ustaz

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Tiktok Beri Maq Kesedaran

Kad kena telan mesin Atm

Team Blogger Hantar Email