Ayam Bakar Sedap
Assalamualaikum.
Sedar tak sedar dah habis seminggu kita berpuasa.Tinggal 3 minggu lagi berbaki.
Alhamdulillah , setakat ni semua aktiviti ramadhan berjalan lancar. Semoga Allah terus beri kita rezeki sihat.
Kalini maq nak kongsi resepi ayam bakar yang sangat sesuai dimakan bulan bulan puasa ni.Sebab ? takda sebab pun saja nak kongsi .Kot korang dah buntu nak masak apa untuk makan berbuka nanti.
Ok jom semak resepi ,kot ada bahan bahan kat dapur tu ,boleh masak nanti.
Bahan bahan.
Seekor ayam belah 4.
sos cili 6 sudu makan
sos tiram 2 sudu makan
madu 2 sudu makan
lada kisar 2 sudu makan
lada hitam 1 sudu makan
( nak pedas tambah lagi )
garam 1 sudu teh
gula 1 sudu makan
bawang putih 2 ulas ( tumbuk lumat)
butter 50gram
( kalau takda butter ,margerin pun boleh guna)
Cara :
bersihkan ayam dan toskan.
masak semua bahan atas api pelahan sampai butter cair sekata,dah mendidih,tutup api .
Bila dah sejuk sikit tuang atas ayam dan gaul rata,perap 2 jam.
Susun elok elok atas loyang pembakar .Oven ikut memasing.Oven Maq 160°( bakar 45 minit ) Api atas bawah. Kalau masih belum masak sempurna ,boleh tambah masa lagi.Maq buat 2 kali.Mula mula set masa 35minit,lepastu tambah lagi masanya 10 minit ( total masa 45minit )
Sedap dimakan waktu panas .Juicy dia tu yang boleh buat kita terlupa nak baca doa makan haha..trylah buat, serius sedap.Lawan pulak dengan nasi minyak atau nasi hujan panas.Aduh...enak banget !
Resepi ni maq ambil kat youtube.Semoga jadi pahala jariah buat owner ..inshaallah ,Aamiin