Assalamualaikum.
Lama tak kongsi tentang pesanan dari MKN yang setiap hari dihantar kepada maq melalui pesanan SMS. Seronok rasanya bila hari hari mereka hantar pesanan,terasa diri dihargai gitu hehe..
Okeylah apakata kita baca semula ayat ayat dari MKN yang baru baru ni maq dapat. Maq ambil dari akhir bulan Oktober 2021 je.Lain lain tu banyak share pasal vaksinasi,nanti anti vaksin bosan pulak hek !
RM0 Sekiranya anda kes positif Covid-19 yang berada di rumah, pantau diri sendiri setiap hari. Sekiranya gejala bertambah teruk segera hubungi 999.
RM0 Amalkan Kesihatan Awam Kendiri / TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek) bagi mengawal serta mencegah jangkitan dan penularan Covid-19
RM0 TRIIS (T-Test) - Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan seperti selsema, demam, batuk dll.
RM0 TRIIS (R-Report) - Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera
RM0 TRIIS (I-Inform) - Jika didapati positif, maklum & lapor semua kontak rapat anda di MySejahtera. Maklum pihak berwajib/CAC jika kesihatan semakin merosot.
RM0 TRIIS (I-Isolate) - Sekiranya didapati positif segera lakukan kuarantin/pengasingan kendiri dengan penuh disiplin supaya tidak bahayakan orang sekeliling.
RM0 TRIIS (S-Seek) - Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan/CAC berhampiran jika alami gejala berat spt sukar bernafas & suhu badan terlalu tinggi.
RM0 Antibiotik Perlu? Rawatan kendiri COVID tak perlu antibiotik. Ada gejala segera rujuk fasiliti kesihatan. Mesej Kempen Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia.
RM0 Sesak nafas dan kelesuan yg teruk antara gejala pesakit Covid-19 dan perlu rawatan segera di hospital. Hubungi 999 untuk bantuan kecemasan.
RM0 Pesakit Covid-19 & kontak rapat yg kuarantin di rumah WAJIB mengemaskini status kesihatan setiap hari menggunakan HAT di MySejahtera.
RM0 Tempat Tertutup adalah kawasan berisiko berlaku jangkitan Covid-19. Elakkan/hadkan masa berada di kawasan spt pusat beli belah, pasar raya, restoran dsb.
RM0 Covid-19 boleh merebak apabila anda menyentuh objek atau permukaan yg tercemar dgn virus & selepas itu menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
RM0 Kerap basuh tangan anda menggunakan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer dengan cara yang betul bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.
last MKN hantar SMS kat maq pada 21 /11/2021, tapi tetiba semalam dapat 2 pesanan SMS dari GOV ,katanya...
Mereka ajak ramai ramai meraikan program 100hari aspirasi keluarga Malaysia tu guysssss...
Cerita dia sekarangni nak jaga diri ke nak keluar beramai ramai ? Confuse pulak lahai ..
Comments
Ada yang mengingatkan untuk sentiasa menjaga SOP
Dana : ye Dana ,mereka tu yang lebih penting jaga SOP sebab apa yang mereka buat,akan jadi ikutan rakyat.