Pengalaman Pertama Jaga Orang Berpantang
Assalamualaikum.
Hamboi ,lepas naik pangkat terus senyap sunyi blog nya ek? Hehe maaflah kalau sebulan dua ni maq lebihkan fokus pada dunia realiti berbanding alam maya ini.
Pengalaman pertama telah menyuntik semangat wanita berusia 49 tahun ini untuk kekal bertenaga demi keluarga. Apakah pengalaman pertama tersebut?
"Ya , menjaga anak sulong dalam pantang"
Seperti biasa ,menjaga orang dalam pantang yang bersalin cara oprate banyak hal yang berbeza dari menjaga orang yang bersalin normal. Tiada urut , tiada jamu ,tiada bertangas , tiada bengkung yang perlu dililit diperut dan pinggang , tiada makanan untuk lancarkan pengaliran darah kecuali masakan singgang dan ikan bakar bersama air asam , ikan kukus , sawi rebus berhalia , pegaga goreng ikan bilis dan sambal lada hitam.
Menu lauk berubah bila dah masuk hari yang ke 30 hari. Bila jahitan dah pulih fizikalnya 100% ,maq baru bagi beliau masakan berasas ayam dan masakan bergoreng menggunakan minyak yang sedikit. Namun masih belum ambil apa apa jamu lagi buat masa tu.Fuh , turun berbelas kilo dah anak maq. Betul betul pantang nampaknya beliau.
Cuma bila dah masuk hari yang ke 40,maq barulah beri beliau minum air jamu berasaskan air kunyit yang memang dah jadi amalan maq jus dara kencang jus ni jenis ringan sikit dari jamu jamu lain kalau ikut pengalaman maq lah kan. Hasil pun memang memuaskan. Kenapa maq tak bagi minum awal ? Antara sebabnya ialah baby kena kuning pada paras yang tinggi.
Apa yang maq harap , semoga anak maq cepat sembuh , cepat sihat dan tak lama lagi dah nak mulakan tugas dah. Harap sangat beliau dipermudahkan semua urusan dalam dunia barunya. Iaitu dunia menjadi seorang isteri ,seorang ibu yang berkerjaya. Aamiin...
![]() |
Teringat detik pernikahan beliau pada Disember 2016. |
Tentunya ianya akan terus kekal di minda orang tuamu ini. Inshaallah...