Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian dari group whatsapp menjelang kehadiran Ramadhan pertama pada hari ini. Mari baca dibawah ini :

Tips Ramadan

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib. Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan.

Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan  tak basah.

5. Selepas mandi, sebelum  pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih , solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan bole menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur agar badan boleh mengeluarkan hormon melatonin.

9. Selepas itu bangun pukul 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Tak ada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, blh tidur sekejap tetapi ringankan seperempat.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh sedikit dari makan malam iaitu lebihan makan malam.

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kalau boleh untuk mengelakkan deep sleep dan keletihan bila bangun.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor).

Cara makan kurma - 60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lbh dari 8 jam.

C&P
Jazakallah kepada author catatan ini. Aameen.

Wallahuallam.




Popular Posts